Tempah Tiket Percuma AirAsia

Rasanya nie bukan kali pertama AirAsia menawarkan tempat duduk percuma, tahun lepas pun ada, tapi tahun tu aku tak sempat nak cilok beberapa tempat duduk. Kalau tak, huhuhuhu .. memang naik kapal terbang free la. Hehehe ..


Tempah Tiket Percuma AirAsia



Okey, untuk penerbangan pada tahun 2013 nie pulak, buat kali pertamanya, AirAsia menawarkan 10,000 tempat duduk percuma, untuk tempahan ke destinasi menarik yang hanya sah, bagi penerbangan pada 1 hingga 30 April dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja. Tempat-tempat lain, tak boleh !


Tempat duduk percuma juga ini hanya akan dibuka untuk tempahan selama 24 jam bermula 12.01 pagi, Jumaat (15 Februari), kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki MyKad sahaja. Kalau tak ada MyKad, tak boleh tau .. (ehh .. ada ke rakyat Malaysia yang tak ada MyKad). Selain itu juga, tempat duduk percuma ini juga tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam semenanjung atau Sabah dan Sarawak.


Berkenaan cukai lapangan terbang seperti peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain, ianya tidak termasuk dalam tambang murah tersebut yakni, korang kena tambah kos sikit la.


Kalau perlukan perkhidmatan kereta sewa di Sabah, korang boleh hubungi nombor yang tertera dibawah;

Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Kinabalu;
Call/SMS/WhatApp/WeChat/LINE/Viber
Faizul - 019 481 7846



- Best la kalau dapat Tempah Tiket Percuma AirAsia selalu .. ^__^


Gerai Ikan Bakar Jalan Tun Fuad Stephen

Tempat pertama yang aku pergi selepas check in hotel (kat kawasan Kampung Air)semalam, adalah Gerai Ikan Bakar Jalan Tun Fuad Stephen. Nak ke sana, kami jalan kaki je. Tempat tu memang dekat dengan hotel, sambil tu boleh tengok orang menjual barang. Dah sampai, kami pilih gerai ikan bakar melayu jawa.





Antara menu yang kami pilih, ikan putih buat bakar, ikan merah sambal, sayur kangkung goreng belacan dan sotong goreng tepung. Ikan dan sotong ni fresh-fresh tau! Menang menyelerakan. 100gram, abang yang jual tu charge RM4.00 Kira boleh la kan!





Nie gambar ikan putih buat bakar. Masa pilih tu nampak macam tak cukup je, tapi sekali dah masak, berlebih-lebih pulak. Sedap rasa ikan putih ni.





Yang ni ikan merah buat masak sambal. Kira okey la rasanya. Sedap gak sampai licin kami makan. Hehehe ..





Gambar sayur kangkung goreng belacan tak sempat nak ambil. Yang atas ni, gambar sotong goreng celup tepung. Mulanya nak ambil lebih. Tapi bila abang yang jual tu cakap, 2 ekor sotong pun dah cukup untuk kami berlima. Bila dah masak, memang betul cukup. Lepas tu dah rasa, pehhh .. memang sedap!





Nie pulak gambar sebelah gerai tu. Boleh tengok bot yang sedang berlabuh. Bestkan !


Aktiviti Kanak-Kanak Di Luar Mengajar Erti Dunia Sebenar

Perjalanan 2 jam ke Kota Kinabalu memang menjemukan. Nasib baik la dalam kapal terbang AirAsia ni disediakan beberapa majalah untuk dibaca. Antaranya, 3sixy (AirAsia InFlight Magazine). Antara topik yang menarik minat aku, column luahan pendapat mengenai aktiviti kanak-kanak diluar rumah. Memang betul pendapat pembaca tu. Kanak-kanak sekarang memang banyak menghabiskan masa dirumah berbanding kanak-kanak satu ketika dulu.





Aku masih ingat lagi, ketika kecil, waktu petang la masa yang dibenarkan oleh ibu untuk aku dan adik beradik ku bermain dengan kawan-kawan. Kadang tak sempat nak tunggu petang, dah lesap bermain dengan kawan-kawan seusia. Main layang-layang, main sorok-sorok, congkak, menangkap pepatung dan rama-rama dan banyak lagi. Bila dikenangkan, pengalaman tu memang pengalaman yang mengembirakan bagiku sehingga hari ini.

Setuju dengan pendapat penulis, kanak-kanak sekarang sudah hilang rasa enjoy dan 'kebebasan'. Mereka lebih banyak menghabiskan masa dirumah merenung komputer, berchating, main game dan banyak lagi. Mereka tidak tahu, aktiviti luar bukan sahaja memberikan kesihatan yang baik kepada perkembangan tubuh badan, malah memberi peluang kepada kanak-kanak untuk explore 'dunia sebenar'.


- 'The world is not learnt from the Internet alone' Setuju tak ?


Bercuti Dengan Family

Emm, sekarang dah kat airport LCCT, nak on the way pergi bercuti ke Kota Kinabalu, Sabah dengan family. Kali terakhir pergi Sabah, tahun 2011. Masa tu cuti-cuti sekitar KK je, tapi tahun ni ingat nak jalan-jalan sehingga Kundasang.





Plan asal, mulanya nak panjat Gunung Kinabalu, tapi terpaksa cancel atas faktor cuaca yang tak menentu. So kitaorang tukar ke plan B, pergi jalan-jalan sekitar tempat menarik yang berdekatan dengan KK.


Korang ada tak cadangan tempat-tempat yang best di Sabah. Nanti boleh la aku pergi terjah kat sana .. :)


Triond Payment Ke 47

Hari nie aku nak sharekan dengan korang, payment ke 47 yang aku dapat dari Triond. Tak banyak pun.. tapi kira ok lah kan. Sekurang kurangnya, akhir tahun 2012 ni, penuh la tabung PayPal aku. Boleh la buat pergi melancung atau guna ketika terdesak. Hehehe !


Triond Payment Ke 47

(Gambar) Kemalangan Kecil Melibatkan Pesawat AirAsia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK)

Dah tengok ke gambar pesawat AirAsia yang mengalami kemalangan kecil sewaktu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) semalam. Kalau belum, kat ini ada saya postkan. Kira dahsyat gak! Tak sangka sampai boleh macam tu. Semalam semasa terima message dari Facebook Malaysia Airline, ingatkan insiden biasa je. Nasib baik la, 124 penumpang dan enam anak kapal tidak mengalami kecederaan yang teruk kecuali empat penumpang yang cedera ringan.

Keadaan pesawat AirAsia selepas terbabas dari laluan