Beli Samsung Galaxy Note 3 Secara Online Menerusi Lazada Malaysia

Kalau dikira, ini adalah kali ke 3 aku membeli belah menggunakan perkhidmatan membeli-belah secara atas talian dengan Lazada malaysia - www.lazada.com.my . Kalau yang pertama dan ke dua aku menggunakan bayaran secara tunai dan online banking, untuk kali ini bezanya cuma aku memilih menggunakan Kad Kredit sebagai payment method.


lazada shopping online malaysia

Nak tahu jenis Smartphone lain yang ditawarkan pada harga yang sangat menarik, anda boleh layari Lazada Smartphone Category



Barang yang aku beli, lain dan tak bukan .. gadget idaman, iaitu Samsung Galaxy Note 3 .. ^__^


Dari hari tu lagi masa gadget ini dilancarkan .. aku memang teringin sangat nak beli, tapi tu la, nak survey harga dulu, dan selepas melihat beberapa syarikat yang menawarkan perkhidmatan atas talian, aku dapati Lazada Malaysia adalah pilihan yang tepat untuk aku membeli produk ini.


lazada online malaysia smartphone



Mana taknya, Lazada Malaysia menawarkan pada harga murah dari harga pasaran, tiada caj penghantaran bagi pembelian RM100 ke atas bagi Semenanjung dan RM150 ke atas bagi Sabah / Sarawak., dan yang paling best service penghantaran yang terbaik. Sebab itu la, untuk kali ini pun, aku menggunakan perkhimatan membeli belah atas talian ini jugak.


Nak tahu lebih lanjut mengenail polisi penghantaran dan pemulangan ini, anda boleh klik sini, Shipping & Returns


Aku tahu pengguna tempatan memang masih tidak aktif menggunakan pembayaran melalui kad kredit untuk pembelian atas talian sebab risau penyelewengan dan maklumat sulit terdedah ketika diproses, tetapi dengan Lazada anda tidak perlu risau sebab Lazada menggunakan sistem perkhidmatan pembayaran kad kredit yang diiktiraf. Jadi segala maklumat anda memang rahsia dan tidak akan bocor.


lazada buy online malaysia



Oh ya, lagi satu, kalau beli dengan Lazada, kalau anda nak tahu barang tu dah sampai kat mana sekarang, anda boleh gunakan perkhidmatan Lazada Order Tracking yang disediakan.


Cuma masukkan nombor pengesahan yang anda perolehi dan nama email anda. Anda dah boleh track kat mana barang tersebut berada sekarang. Masa entry ini ditulis, aku check barang yang aku beli, baru dalam pelayaran (shipping). InsyaAllah mungkin besok dah boleh dapat .. ^__^


Sebenarnya aku nak beli 2 benda dekat Lazada Malaysia, tapi bila difikirkan, yang ini lebih memerlukan. So, beli yang ini dulu la. Yang satu lagi, kalau ada rezeki lagi, insyaAllah .. akan menyusul. Bisnes aku pun dah makin stabil sekarang dan sebab itu, aku perlu sangat Samsung Galaxy Note 3 ini.


5 comments :

  1. baru tau pasal kewujudan lazada ni, hahaha~

    ReplyDelete
  2. Cik Aya done following awk :')
    Best nyee . .
    Aya newbie ag lam blogging so jemput2 lah follow blog Aya k
    stay reading and following my blog .
    Thanks . . http://nabilatulnadiah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. selalu jugak melawat lazada bayank barang yang best2 dan murah... tp belum mencuba lagi...

    ReplyDelete
  4. saya (dr indonesia) ingin beli note 3 krn versi yg beredar di malaysia menggunakan processor qualcomm snapdragon 800. ada yang bisa bantu saya caranya???

    ReplyDelete