Semakan Pusat Mengundi PRU13

As salam, mulai 15 April 2013 ini, orang ramai yang layak mengundi, boleh la membuat Semakan Pusat Mengundi, dan saluran mengundi bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13), menerusi beberapa laman web yang telah disediakan.


Semakan Pusat Mengundi PRU13



Bagi yang ingin membuat semakan melalui laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), anda boleh la melayari www.spr.gov.my ataupun terus ke portal rasmi PRU13, di www.pru13.gov.my. Selain itu, untuk memudahan orang ramai membuat semakan, SPR telah mewujudkan perkhidmatan semakan secara khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip, seperti contoh berikut;


CONTOH :  
SPR <jarak> SEMAK <jarak> NO KAD PENGENALAN dan hantar ke 15888. 
SPR <jarak> SEMAK <jarak> 740213047653 dan hantar ke 15888


Untuk memudahkan orang ramai, menyemak , tiga kemudahan tambahan secara khidmat pesanan ringkas (SMS), turut disediakan, meliputi pengguna Celcom, Maxis, dan Digi, serti yang tertera dibawah;


CONTOH :
SPR <jarak> SEMAK <jarak> 740213047653 dan hantar ke 29292 [Pengguna Celcom]
SPR <jarak> SEMAK <jarak> 740213047653 dan hantar ke 33080 [Pengguna Maxis]
SPR <jarak> SEMAK <jarak> 740213047653 dan hantar ke 22789 [Pengguna Maxis]
SPR <jarak> SEMAK <jarak> 740213047653 dan hantar ke 33080 [Pengguna Digi]


Selain semakan menerusi laman web dan SMS, orang ramai juga boleh membuat semakan menerusi talian hotline ibu pejabat SPR di talian 03-88856565 atau pejabat pilihan raya, disetiap negeri.



2 comments :

  1. salam..
    ermm... saya dah dapat melalui pos
    dari pusat piliharaya BN, cepat mereka
    hantar lokasi dan saluran mengundi
    saya dengan poskad :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun dapat jugak, dari pusat piliharaya BN. InsyaAllah, akan pulang ke SP, Kedah utk untuk membuang undi dalam Pilihan Raya Umum 2013 pada 5 Mei depan.. ^__^

      Delete