Claim Duit Balik Mengundi

As salam, hahaha .. memang kelakar bila baca info, bagaimana caranya nak Claim Duit Balik Mengundi, dalam beberapa forum. Ada yang tulis, sanggup claim kat beberapa parti yang bertanding dikawasan mengundi. Kalau 2 parti yang bertanding, kedua-duanya dia pergi. Kalau banyak parti macam kat sesetengah tempat, bayangkan la .. ^__^


Claim Duit Balik Mengundi



Pasal nak claim tu, aku tak kisah sangat. Ye lah, nak balik mengundi, nak pakai duit bukannya sikit, habis banyak pun RM300 ke atas. Macam aku, kalau balik Kedah, habis hangus pun RM250 lebih. Nak bayar tol, dan duit minyak. Kalau singgah makan, lagi la .. tu belum masuk kos bebelanja kat kampung. Mau² kena tambah dalam RM200 lebih jugak.


Itu belum bagi yang balik mengundi, yang menyewa kereta, atau balik naik kapal terbang, kapal laut, tentu lagi banyak kosnya.


Untuk claim duit balik mengundi, aku tak tau la sekarang nie boleh lagi ke tak nak claim, tapi dari info yang aku baca, korang boleh la cuba-cuba tanya kat ketua parti bahagian masing-masing, kena bagi nombor IC, tak pun masa nak semak nama untuk undi, cuba-cuba la tanya petugas yang bertugas. Kalau ada, rezeki korang la ..


Nak claim kat setiap parti yang bertanding, itu korang yang tentukan, Yang penting, UNDI ANDA, ADALAH RAHSIA. Tapi kalau nak mengundi dengan PENUH IKHLAS, itu lagi bagus !!!


- Undi la untuk MASA DEPAN yang lebih cerah ! Janji yang DITEPATI dan bukannya OMONG KOSONG semata-mata .. ^__^


10 comments :

  1. Undilah dengan ikhlas. Ala.. lima tahun sekali je.. Hehe

    ReplyDelete
  2. yang lepas aku pergi dia orang buat dek jer hampeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin dah habis, tahun nie, cuba pergi awal-awal, mgkn ada tu. (kalau ada la)

      Delete
  3. pru kali ni festime sy nak mengundi...teruja! haha padehal mengundi je pon... tapi sy awal2 dah teruk, aritu tanya kat mak...mak, mak...diorang ade bagi duit tambang balik kampung tak? ahhh mata duitan sunggoh!...hohoho....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak balik mengundi, bukannya sikit kos, tu pun kalau dapat claim, kalau ada, rezeki la, kalau tak ada, tak apa la kan ! Lagipun mengundi, 5 tahun sekali, anggap je derma ikhlas utk negara

      Delete
  4. fuuuhhh... untung kalau dapat claim dr semua parti..

    ReplyDelete
  5. Niat mengundi yang baik untuk kesejahteraan negara 5 tahun akan datang. Kalau boleh claim tu claim la =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak mengundi, kena la ikhlas, jgn asyik fikirkan duit je, sejarahkan dah membuktikan kerana duit, Melaka, negeri yg gagah, tergadai akhirnya dek bangsa asing. So, undi la untuk parti yg mementingkan kebaikan dan janji yang ditepati!

      Delete