Senarai Semak Pendaftaran Online Murid Tahun 1

Alhamdulilah, dah selesai mendaftar kemasukan Murid Tahun 1 2014/2015 Negeri Selangor secara online untuk kedua-dua puteri ku. InsyaAllah, esok pulak, nak kena ke sekolah tersebut untuk Proses Perakuan Permohonan. Bagi Ibubapa yang mempunyai anak-anak yang lahir pada tahun 2007 dan 2008, dan masih belum mendaftarkan anak anda, cepat-cepat la daftarkan sekarang. Pemohonan masih dibuka dari 1 Mac hingga 30 April 2013.


Pendaftaran Murid Tahun 1 2014 Online



Pesanan kepada IbuBapa, jangan lewat-lewat mendaftar tau , takut nanti nama anak anda, tak tersenarai dalam sekolah tersebut. Nanti tak pasal-pasal jadi satu masalah untuk hantar ke sekolah lain yang jauh dari kediaman anda.


Untuk tujuan pengesahan, kena pastikan semua senarai yang diberikan, telah disediakan. Kalau tak tahu mana nak cari senarai semak tu, anda boleh tengok dalam Slip Cetak Daftar Pemohon (dibawah sekali). Antaranya yang diperlukan;


Senarai Semak Pendaftaran Murid Darjah 1 Online



Senarai Semak Pendaftaran Murid Tahun 1

1. Sijil lahir / Borang W/ Sijil Anak Angkat
2. Bil Utiliti (Bil elektrik (TNB) /Air sahaja)
3. Kad Pengenalan Ibu bapa/ Penjaga
4. Surat Nikah/ Surat Daftar Perkahwinan/ Surat Cerai (Sekiranya berkaitan)
5. Surat Hak Penjagaan/ Perintah Mahkamah jika berkaitan (Sekiranya berkaitan)
6. Laporan Doktor & Kad Oku (Sekiranya berkaitan)
7. Sekeping sampul surat (bersetem) yang tertera alamat rumah anda.



2 comments :

  1. huuuu.. sekarang kena daftar ye?
    dah maju sekolah rendah sekarang... huhuhu

    ReplyDelete