Pendaftaran Murid Tahun 1 2014/2015 Online

Memandangkan Pendaftaran Murid Tahun 1 2014/2015 Online untuk Negeri Selangor telah dibuka, iaitu bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2013, aku tak lepaskan peluang untuk mendaftarkan puteri sulung ke tahun 1. Tahun lepas, memang dah buka website pendaftaran ni, tapi masa tu dah ditutup. Jadi bila dah buka semula tahun ini untuk pendaftaran secara online, aku terus daftar.


Pendaftaran Murid Tahun 1 2014 online



Oh ya, untuk makluman lagi, pendaftaran ini hanya dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di kawasan Selangor dan mempunyai anak yang lahir pada tahun 2007 dan 2008 sahaja. Untuk negeri-negeri lain, sila rujuk cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang terdekat ye !


Untuk mendaftarkan anak anda secara online, anda bole kunjungi website ini, Sistem Pendaftaran Murid Tahun 1 2014 Online


Bagi ibu bapa/penjaga yang pertama kali memohonan secara online, digalakkan untuk membaca Tatacara dan Panduan Permohonan terlebih dahulu, agar dapat memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Bila dah faham, baru memulakan proses Permohonan Online. Perlu diingat, sebarang kesilapan semasa mengisi no mykid, tarikh kelahiran dan lain-lain maklumat yang diperlukan akan mengakibatkan permohonan gagal atau ditolak.


Setelah selesai melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga digalakkan untuk mencetak slip permohonan tersebut dan juga senarai semak dokumen melalui menu cetakan yang tertera. Dokumen tersebut perlu dikemukan ke sekolah yang dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan, yang mana akan disahkan oleh pihak sekolah nanti.


Selain itu, anda juga perlu menyimpan No Pin yang diperolehi dari cetakan borang yang telah lengkap. No Pin ini diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang.


- Jangan lewat membuat pendaftaran murid tahun 1, anak anda, kalau tak susah nanti, mungkin akan menyebabkan proses pembelajaran anak anda terganggu.


2 comments :

  1. slm sis wah bgs betul entri ni....ank sy tu djh 1 thn dpn.nak apply skrglah gak nnt xda nama utk sklh dkt rmh ni,ssh lak nk htr jauh2.

    #slmt hr wanita :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, harap entry nie berguna untuk ibubapa mendaftarkan anak ke tahun 1 .. ^__^

      Delete