Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013

As salam, baru je balik dari Fiesta Belon Udara Panas Antarabangsa Putrajaya 2013 tadi, rasa penat pun tak habis lagi. Sekarang nak update pulak pasal fiesta. Untuk pengetahuan anda, fiesta nie dah start dari hari Khamis lepas lagi. Saja aku tunggu hari minggu, baru nak pergi dengan dua puteri kesayangan ku nie.


belon panas putrajaya 2013



Macam biasa, kalau ada karnival/fiesta kat tapak Monumen Alaf Baru, Presint 2 nie, jalan of course tentu sesak ! Nasib baik la kami datang awal, ada la tempat nak parking. Tu pun kena pusing jauh ikut Jambatan Seri Saujana, Lebuh Sentosa, dan parking dekat dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Dari situ, baru jalan sikit ke tempat karnival. Exercise la sikit !


belon panas putrajaya 2013



Masa kami sampai tu, ada la dua tiga belon panas dah naik, masa tu orang tak ramai lagi. Dalam 15 minit kemudian, baru kesemua 13 buah belon, kembang sempurna (tanpa dinaikkan). Memang cantik ! Yang paling aku suka, belon panas The Smurf, comel!!!


belon panas putrajaya 2013



Yang bestnya kalau datang malam nie, ada Persembahan Night Glow dan pertunjukan bunga api. Nak tahu persembahan Night Glow tu apa ? Yang tu merupakan aksi juruterbang, membakar belon udara panas sambil mengikut rentak jazz dan cahaya lampu. Aksi tu ada la dalam setengah jam lebih, lepas tu baru ada pertunjukan bunga api. Penat juga menunggu habis, tapi berbaloi la. Memang menghiburkan ! Hehehe ..

Bagaimana Melindungi Tulang Belakang Anda !

Tulang belakang manusia, merupakan salah satu bahagian terpenting yang harus dijaga dan dilindungi dengan baik. Antara amalan yang boleh diikuti, adalah dengan mengamal CARA BETUL yang tertera dibawah. Penjagaan tulang belakang yang sempurna, dapat mengelak dari sakit belakang.


Bagaimana Melindungi Tulang Belakang Anda



Antara cara lain untuk melindungi tulang belakang anda, adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat serta aktiviti senaman yang konsisten, seperti berjalan, berbasikal, berenang, senaman menarik lutut sambil baring dan merengangkan pinggul.


Selain itu, anda juga boleh menggunakan produk Premium Beautiful sebagai alternatif untuk melindungi dan mengekalkan kedudukan tulang belakang anda, dari “teralih” atau “mengelongsor" dari kedudukan asal. Anda bleh baca disini untuk keterangan lanjut, Elak Sakit Pinggang, Tulang Belakang Dengan Premium Beautiful

CARA MENGANGKAT BARANG

• Cara Betul
a. Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh anda. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
b. Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.

• Cara Salah
a. Elakkan membongkok atau memusing pinggang anda semasa mengangkat beban yang berat.
b. Elakkan mengangkat beban terlalu jauh dari badan.
c. Jangan mengangkat beban melebihi paras bahu. Keadaan ini menyebabkan ketegangan yang melampau kepada tulang belakang anda.
d. Elakkan dari mengangkat secara pergerakan mengejut.

CARA DUDUK

• Cara Betul
a. Rapatkan punggung dan sandarkan belakang anda pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
b. Pastikan ketinggian tempat duduk anda sesuai dan kedudukan paha anda selari dengan lantai.
c. Campurkan aktiviti anda dengan senaman/regangan/berjalan.

• Cara Salah
a. Elakkan duduk terlalu jauh dengan meja kerja anda dan elakkan duduk di atas kerusi yang terlalu tinggi.
b. Elakkan membongkok ketika duduk.
c. Pastikan anda tidak menggelongsor ketika duduk.Memandu

CARA MEMANDU

• Cara Betul
a. Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut anda selaras dengan pinggang.
b. Sokong bahagian bawah belakang anda menggunakan tuala yang digulung atau penyokong lumbar jika perlu.

• Cara Salah
a. Elakkan memandu terlalu lama tanpa berehat.
b. Menekan pedal dan memegang stereng terlalu jauh akan menyebabkan ketegangan otot.

CARA TIDUR

• Cara Betul
a. Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
b. Apabila anda tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya lutut bersentuhan atau apabila anda tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut anda.

• Cara Salah
a. Elakkan tidur meniarap kerana ia akan menyebabkan sakit belakang.
b. Elakkan tidur di atas sofa di ruang tamu untuk jangka masa yang panjang.

BERDIRI DAN BERJALAN

• Cara Betul
a. Tukarlah posisi berdiri anda dengan kerap jika anda perlu berdiri lama.
b. Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan anda.
c. Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit yang rendah dan selesa.

• Cara Salah
a. Jangan berdiri terlalu lama dalam hanya satu posisi. Elakkan membongkok dengan kaki lurus.
b. Elakkan memakai kasut tumit tinggi apabila berjalan atau berdiri untuk jangka masa yang lama.

Gucci Inspired Handbag - White/Coffee

As salam, maaf .. entry kali nie lain sikit dari yang lain, saja je nak test market. Bagi yang minat nak beli handbag ini, boleh la roger aku. Nombor phone masih lagi sama, seperti yang tertera disebelah. Nak whatapp @ SMS pun boleh, tapi kena cepat la sebab handbag nie memang laris. Takut, habis pulak nanti.

Gucci Inspired handbag

Oh ya, untuk pengetahuan anda, Guicci Inspired Bag ni, ada 2 warna. Satu macam gambar diatas, WHITE, dan satu lagi COFFEE (gambar dibawah)

Gucci Inspired handbag

Keterangan lanjut;
Weight: 950.00g
Material : Canvas Fineness Lining
Width: 40cm
Bottom Width : 35cm
Height : 30cm
Inner Pocket: 2
Content: A4
Switch : Zip
Harga : WM [RM65.00] / EM [RM70.00] (Free Shipping)

Gucci Inspired handbag


Gucci Inspired Handbag


- kalau berminat, boleh call/SMS/whatapp - 019-551 8583 .. ^__^

Ada Lagi Harga Rumah Murah ?

As salam, semalam masa balik dari tengok rumah di Bandar Riching, lalu Jalan Bangi Lama, terpandang kawasan perumahan ini. Tahun lepas, nyaris-nyaris nak beli rumah nie , tapi masa tu, tak cukup duit deposit. Kalau, tak mungkin tahun nie atau tahun depan dah dapat rumah baru. Huhhh .. tak sangka, sekejap sungguh masa berlalu, & kawasan perumahan nie pun dah nak siap.


harga rumah baru



Tak silap aku, masa tengah buka untuk jualan, harga rumah kawasan perumahan nie dalam RM280K lebih (tak ingat), sekarang rasanya mungkin dah cecah RM300K lebih, lebih-lebih lagi berdekatan dengan Putrajaya. Kawasan perumahan pun cantik.


- Harga rumah, makin hari makin meningkat, susah betul nak dapat harga rumah yang murah, melainkan kawasan yang jauh dari bandar.



Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

As salam, macam tak percaya je apa yang aku nampak ni, Seminar Buat Duit Dengan BLOG ! Wow, mudahnya sekarang ! Dulu, kalau nak tahu bagaimana cara mudah nak buat duit dengan blog, anda kena belajar sendiri. Kena kutip sikit-sikit, tips "duit buat duit" dekat forum, blog, website, Youtube dan banyak lagi. Tapi sekarang nie, dah lebih advance dan mudah. Hanya dengan RM50 sahaja, anda dah boleh kutip tips dan ilmu, dari pengalaman top blogger Malaysia, yang telah berjaya menjana pendapatan beribu-ribu ringit sehingga kini.


Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog


Bagi blogger-blogger, usahawan internet dan bisnes online, yang masih blurr atau tidak tahu, bagaimana dan caranya, top blogger buat duit online melalui blog, aku sarankan anda untuk ikuti seminar ini. InsyaAllah, anda akan memperolehi banyak tips yang akan dikongsikan nanti. Harganya pun murah, hanya RM50 sahaja. Kira berbaloi-baloi la kan !


Seminar yang dianjurkan oleh Denaihati Network ini, akan diadakan pada 4 Mei 2013 (Sabtu), jam 8.00 am – 1.30 pm di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, dengan yuran penyertaan seperti yang aku katakan tadi, sebanyak RM50 seorang. Itu harga untuk yang buat pendaftaran awal sahaja (sehingga 15 April 2013). Kalau lepas dari tarikh itu, harga dah lain, tau ! Seorang, RM100.


Jadi bagi yang berminat, cepat-cepat la daftar seminar tersebut, bukan apa takut kehabisan tempat duduk pulak nanti. Maklum la, harga pun murah, ! Nak daftar tu, anda boleh klik kat sini, Seminar Buat Duit Dengan BLOG


- Kenapa aku katakan "duit buat duit" ! Ye dengan RM50, yang anda keluarkan, tak mustahil anda akan perolehi ilmu yang boleh membantu anda menjana lebih dari itu .. insyaAllah ..



Semak Keputusan SPM 2012 Online

As salam, hari nie, 21 Mac 2013, keputusan SPM 2012 dah keluar. Kepada adik-adik yang nak ambil keputusan SPM tu, jangan takut ye ! Anda dah cuba yang terbaik. InsyaAllah, semuanya pasti okey !


Semak Keputusan SPM Online



Dari pemerhatian aku tadi, mulai jam 9.30 pagi, dah ramai yang mula mencari bagaimana cara untuk semak keputusan SPM 2012 secara online. Mungkin ada sesetengah adik-adik, takut atau tak yakin nak ambil keputusan diSekolah, sebab tu cuba-cuba dulu tengok dirumah.Kalau okey, mungkin baru nak ambil kat Sekolah.



Selain tu, kemungkinan juga ibubapa/penjaga yang juga turut semak keputusan SPM 2012, untuk anak-anak mereka. Ye lah, kadang-kadang, ibubapa/penjaga nie yang lebih excited dari anak-anak, bila nak ambil keputusan SPM 2012 .. ^__^


PUTRAJAYA: Seramai 13,721 daripada 472,541 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 berjaya memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.


Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd Ghafar Mahmud, berkata pencapaian itu adalah peningkatan sebanyak 0.16 peratus berbanding 12, 970 calon memperoleh semua A tahun lalu.


Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2012 di sini, sebentar tadi.


- Semoga adik-adik memperolehi keputusan yang baik .. Amin !


Komisyen Kedua Dari Jomniaga

As salam, tengahari tadi, tengah sibuk buat kerja, dapat email dari Jomniaga, mengenai komisyen affiliate ebook yang aku jual bulan lepas. Sebelum tu semalam, baru berkira-kira nak hantar tiket, kat Jomniaga, memandang kan dulu aku dapat antara 11-15 haribulan. Tapi kali nie lambat la pulak ! Terfikir jugak, apasal lambat sangat Jomniaga buat bayaran. Tup-tup hari nie, dapat email, duit dah masuk.


bayaran affiliate jomniaga



Lega .. dan terima kasih, Jomniaga ! Dapat la aku gunakan duit nie untuk topup bil pakej Celcom + Samsung Galaxy Note 2, bulan nie dan bulan depan. Selamat duit gaji aku ... hehehehe ..


Untuk rangking jualan Jomniaga, minggu nie ada perubahan sikit dari yang aku paparkan kat sini, Affiliate Teratas Jomniaga 2013. Kalau tengok, memang tak banyak beza mana pun, cuma naik 3 anak tangga je. Al maklum la, aku nie affiliate ikan bilis, beberapa ebook je yang dapat aku jual. Untuk minggu depan pulak, tu tak pasti lagi. Mungkin makin turun sebab dah kurang sale .. ^__^


bayaran affiliate jomniaga



- Tak fokus sangat pun, buat sales ebook ni, saja cuba-cuba bidang baru .. ^__^

Rumah Untuk Disewa Semenyih

Rumah untuk disewa, Double Storey Intermidiate di Taman Pelangi Semenyih, Semenyih. Ada 4 bilik tidur, dan 3 bilik air. Keadaan rumah adalah dalam keadaan baik. Kawasan anjung rumah, berjubin dan boleh memuatkan 2 buah kereta. Kitchen kabinet lengkap. Boleh rujuk gambar dibawah;

rumah untuk sewa semenyih



Berdekatan dengan Tesco Semenyih, bank islam, balai polis, balai bomba, petronas (ATM dan cash deposit CIMB), KFC, McDonald, Pizza Hut, kedai-kedai runcit, kedai dobi, dan lain-lain lagi.


rumah untuk sewa semenyih



Rumah sewa ini juga berdekatan dengan SMK Rinching.


rumah untuk sewa semenyih

rumah untuk sewa semenyih

Rumah Sewa Semenyih
Deposit 2+1
Bulanan : RM900
Contract Renew: every year
Penyewa: Melayu Islam family (good muslim)
2 storey house
built up area = 1200 sqft (total area = 20' x 75' )
Bilik = 4 bilik, 3 bilik air
Addition feature: Ada awning porch, tile porch area dan kitchen cabinet
Furniture: 1 set of 3 seat sofa, 1 set dining table for 6 seats, 1 bed with matress


Sekiranya berminat, boleh hubungi;
En Zul - 019 481 7846



Lirik Video Harus Terpisah - Cakra Khan

Sebelum pulang, layan dulu lagu dan Lirik Video Harus Terpisah - Cakra Khan. Aku selalu jugak dengar lagu nie, tapi asyik terlupa nak buat entry dan sibuk banget. Hari nie, ada masa sikit, sambil-sambil kemas, create satu entry simple, harap ada yang sudi baca ..


Lirik Video Harus Terpisah - Cakra Khan



Ngggerrr .. *serak-serak basah tu yang BEST!!! Betul tak ? Enjoy tonton video klip nie okey !



Harus Terpisah By Cakra Khan


Sendiri sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti, berhenti mencoba
Mencoba bertahan, bertahan untuk terus bersamaku


Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu


Bayangkan bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untukku rindukan


Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu


Kini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan kita pernah bersama


Ku berlari, kau terdiam, ku menangis, kau tersenyum
Ku berduka, kau bahagia, ku pergi, kau kembali
Ku mencoba meraih mimpi, kau coba tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu



Panggilan Nombor Telefon Misteri

Sebentar tadi terima Panggilan Nombor Telefon Misteri, 01548408903, kebetulan pula masa tu aku kat tandas, jadi tak sempat la nak angkat. Ingatkan ada customer Premium Beautiful yang call. Try SMS semula, tak ada feedback. Kemudian try call, tak ada nada dering. Rasa was-was, aku try Google, dan ini jawapannya.


panggilan nombor telefon misteri



Rupa-rupanya, bukan aku je yang dapat panggilan tersebut, ada banyak lagi yang kena. Ada juga yang sempat angkat panggilan tersebut, beritahu, bila angkat, tak ada orang yang jawapan. Memang pelik ! Ehhh .. ada ke nombor 015 kat Malaysia ni ?


Lagi satu yang menjadi kemusykilan, kenapa nombor tu call sebarangan. Adakah ianya diperolehi dari telefon yang dah kena hack, sebab ada yang cakap, nie adalah taktik baru untuk mencuri seberapa banyak data dalam mobile phone termasuk contacts, messages, account bank number, ATM pin number, password account, personal information, address dan banyak lagi, tapi tak tahu la betul ke tidak. Kalau betul, ngeri jugak bila dengar, dah la dalam Samsung Galaxy Note 2 nie banyak info.


- Boleh bagi komen tak , apa yang perlu dilakukan, kalau terima atau dah terangkat nombor telefon macam nie ..

Semak Tarikh Lupus Tong Gas Elak Kebakaran

As salam, sepanjang aku menggunakan tong gas untuk memasak, tak pernah pun terfikir, tong gas juga mempunyai tarikh luput. Yang aku tau, kalau habis je gas, (kalau time tu tengah memasak) terus call kakak kat kedai bawah untuk hantar gas.


semak tarikh luput tong gas



Tunggu kejap, lepas tu pasti dengar anaknya bawa tong gas baru. Tanpa semak tarikh lupus, terus pasang, bayar dan sambung masak semula. Hehehe ..


Okey tak apa, tu dulu, tak tahu, sekarang dah tahu, nanti boleh la Semak Tarikh Lupus Tong Gas setiap kali beli yang baru. Untuk menyemak tarikh luput tong gas, anda perlu melihat disalah satu sisi selinder gas, dimana tertera tarikh luput yang dikodkan secara alpha-numerical, contoh D-06, seperti yang tertara diatas.


Huruf A,B,C atau D, yang boleh dilihat ditong gas tu, mewakili bulan tertentu seperti yang tertera dibawah;


A - March (Suku pertama)
B - Jun (Suku kedua)
C - September (Suku ketiga)
D - Disember (Suku keempat)


Bila digabungkan contoh D-06, ini bermaksud tong gas tersebut hanya selamat digunakan hingga Disember 2006 sahaja.


Tahu tak kenapa perlu menyemak tong gas anda ? Okey dari apa yang diberitahu kepada aku, memandangkan kos untuk membuat dan melupuskan tong gas, makin meningkat, ada sesetengah sindiket ambil kesempatan, recycle tong gas terpakai, untuk isi semula gas walaupun tong gas tu dah melebihi tarikh luput.


Untuk mengisi gas kedalam tong gas pula, memerlukan tekanan tertentu. Kalau digunakan berkali-kali, tong gas akan terdedah kepada kebocoran dan meletup, bila terdedah kepada api, dan ini akan merbahayakan kepada pengguna.


- Elak dari menggunakan tong gas yang tamat tarikh luput okey !

Tesco Store Malaysia Online Shopping

As salam, terbaca mengenai penggunaan membeli-belah pelbagai barangan runcit dan harian, oleh Tesco Malaysia , di blog Amanz. Emmm .. bagus jugak tu, lepas nie boleh la beli secara online memandangkan banyak faedah yang boleh diperolehi darinya.


tesco malaysia promotion



Antaranya, dapat membeli barangan yang diperlukan sahaja. Kalau pergi beli sendiri di Tesco, tau-tau je la, kadang-kadang tewas juga, bila nampak barangan yang ditawarkan pada harga murah, dan akhirnya berbelanja melebihi apa yang diperlukan.


Buat permulaan ini, Tesco Malaysia hanya menawarkan perkhidmatan di sekitar Kuala Lumpur dan juga Selangor sahaja. Itu pun tak semuanya ada, terutamanya di Kajang ! Mungkin ianya akan ditambah secara berperingkat dari masa kesemasa.


tesco malaysia online shopping



Untuk permulaan, Tesco Malaysia mengenakan RM10 bagi setiap penghantaran. Kalau difikirkan, bayaran yang dikenakan tu memang berbaloi, berbanding datang sendiri ke Tesco. Pengguna boleh menjimatkan banyak masa, minyak kereta, makan minum direstoran berdekatan dan banyak lagi. Kalau dihitung semua, mungkin melebihi dari kadar yang dikenakan.



Bagi yang berminat, anda boleh mendaftar dan seterusnya menyemak harga promosi yang ditawarkan, mulai hari ini di Tesco Store Malaysia Online Shopping.


Terokai Bidang Hartanah

Malam nie, sambil-sambil layan beberapa customer yang nak beli Premium Beautiful, sambil-sambil tu jugak tinjau-tinjau beberapa blog pelaburan hartanah untuk dapatkan beberapa info yang aku kurang fahami. Pagi tadi pula, dah register satu seminar hartanah yang akan berlangsung bulan April 2013 ini. InsyaAllah akan turut hadir untuk menambahkan lagi ilmu dalam mendalami bidang ini.


jual beli rumah



Target aku, kalau boleh nak dapatkan beberapa lagi hartanah untuk dibuat pelaburan. Setakat nie, dah beli satu hartanah di Bandar Akedemia, yang tu ingat nak buat duduk. Apartment yang ada sekarang, nak sewakan memandang dekat dengan UPM, UNITEN dan KLIUC. Kawasan perindustrian pun dekat, tapi tak la sampai nak sewa dengan bangla..


Nak mendalami bidang hartanah, memang kena banyak membaca, belajar dan faham selok beloknya. Tak boleh nak main terjun je, sebab bidang nie memang banyak risikonya. Tapi yang peliknya tu, ada jugak nak ambil risiko, dan melabur tanpa usul periksa dengan harapan akan dapat "imbuhan" besar kelak.


Aku lebih suka dengan pendapat beberapa usahawan yang berjaya, yang mencadangkan agar mulakan dengan kecik kecilan terlebih dahulu. Belajar sendiri dan bertindak mengikut kemampuan. Kalau tak faham, baru berguru atau beli buku-buku yang berkaitan, untuk motivasikan dan meluaskan pengetahuan yang ada.


Contohnya; kalau yang nak buat bisnes baju, mulakan dengan jahit baju atau jadi agen dropship, atau nak buka bisnes kereta sewa, mulakan dengan jadi agen kereta. Biar la sederhana, yang penting tahu dimana kemampuan diri sendiri.


- Nak daftar jadi agen hartanah pulak lepas nie .. hehehe .. gurau je !

Kedai Nasi Briyani Arfah Dengkil

Kalau lalu Jalan Dengkil - Kajang, dekat Kampung Sg. Buah, berdekatan dengan Sungai Langat, jangan lupa singgah kedai Nasi Briyani Arfah. Dibuka sehiap hari Isnin - Jumaat, dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.


resipi nasi briyani



Lauk yang dihidangkan dengan nasi briyani, antaranya ayam, daging dan kambing. Untuk hidangan nasi briyani nie, aku ambil daging kambing. Emmm .. memang sedap, lebih-lebih lagi bila taruk dengan kuah dal sekali. Huhhh .. sedap menjilat jari.


nasi briyani arfah bangi



Bagi yang tercari-cari kat mana letaknaya kedai Nasi Briyani Arfah, boleh follow GPS Maps yang tertera di bawah;

GPS Maps
2.891202,101.748642



- Tengah tercari-cari resepi nasi briyani yang sedap, nak masak sendiri .. ^__^


Kesan Bila Combine Loan Beli Rumah

Baru je selesai create Folder Subscriptions Tips Hartanah dalam Google Reader dan follow beberapa blogger yang berkongsi tips membeli rumah. Tadi juga, terbaca satu tips, Kesan Bila Combine Loan Beli Rumah kat Facebook. Rakan Facebook yang pernah aku cerita kat SINI, yang sharekan tips tu.


Kesan combine loan beli rumah



Dulu, yang pernah aku dengar, kalau combine loan, kalau salah sorang meninggal dunia, yang sorang lagi kena cover. Tu dulu la, sekarang .. tak pasti, rasanya tak lagi kot sebab dah ada pelbagai insuran. Mungkin yang expert tentang nie, boleh bagi tahu .. hehehe


Antara kesannya, yang dikongsikan oleh kawan aku tu, status nama dalam rekod CCRIS, akan jadi tak berapa baik ! Seperti yang anda tahu, sebelum bank meluluskan sesuatu loan. Bank akan terlebih dulu, menyiasat status kewangan anda dalam CCRIS.


Jadi bila anda dah pernah buat combine loan, walaupun sorang hanya bayar separuh-separuh harga loan. Jumlah yang tertera dalam CCRIS, tetap jumlah sebenar, dan ini akan menyukarkan anda untuk buat loan lagi dimasa akan datang.


Jadi kalau boleh, rakan aku nasihat, cuba elakkan la. Kalau dah tak boleh jugak, tak apa la. Nak buat macam manakan, dah la harga rumah sekarang memang mahal. Terpaksa la combine loan ..


- Kalau ada kesan lain, tambah-tambah lah ye !

Senarai Semak Pendaftaran Online Murid Tahun 1

Alhamdulilah, dah selesai mendaftar kemasukan Murid Tahun 1 2014/2015 Negeri Selangor secara online untuk kedua-dua puteri ku. InsyaAllah, esok pulak, nak kena ke sekolah tersebut untuk Proses Perakuan Permohonan. Bagi Ibubapa yang mempunyai anak-anak yang lahir pada tahun 2007 dan 2008, dan masih belum mendaftarkan anak anda, cepat-cepat la daftarkan sekarang. Pemohonan masih dibuka dari 1 Mac hingga 30 April 2013.


Pendaftaran Murid Tahun 1 2014 Online



Pesanan kepada IbuBapa, jangan lewat-lewat mendaftar tau , takut nanti nama anak anda, tak tersenarai dalam sekolah tersebut. Nanti tak pasal-pasal jadi satu masalah untuk hantar ke sekolah lain yang jauh dari kediaman anda.


Untuk tujuan pengesahan, kena pastikan semua senarai yang diberikan, telah disediakan. Kalau tak tahu mana nak cari senarai semak tu, anda boleh tengok dalam Slip Cetak Daftar Pemohon (dibawah sekali). Antaranya yang diperlukan;


Senarai Semak Pendaftaran Murid Darjah 1 Online



Senarai Semak Pendaftaran Murid Tahun 1

1. Sijil lahir / Borang W/ Sijil Anak Angkat
2. Bil Utiliti (Bil elektrik (TNB) /Air sahaja)
3. Kad Pengenalan Ibu bapa/ Penjaga
4. Surat Nikah/ Surat Daftar Perkahwinan/ Surat Cerai (Sekiranya berkaitan)
5. Surat Hak Penjagaan/ Perintah Mahkamah jika berkaitan (Sekiranya berkaitan)
6. Laporan Doktor & Kad Oku (Sekiranya berkaitan)
7. Sekeping sampul surat (bersetem) yang tertera alamat rumah anda.



Rumah Jana Pendapatan Lumayan

Memang bestkan kalau dapat jadikan menjana pendapatan dari pelaburan hartanan, macam Abang Ensem ni. Boleh menjana pendapatan tambahan, dari masa ke semasa dengan rumah sewa. Harga rumah pulak, makin tahun makin meningkat. Kira memang berbaloi la kalau melabur dalam bidang ini.


Rumah Jana Pendapatan Lumayan



Anda kalau nak jadi macam beliau pun boleh. Tapi kena rajin berusaha dan menambah pengetahuan dari semasa ke semasa tentang hartanah. Antara buku yang aku cadangkan, buku ini; Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal. Alhamdulillah, dengan tips yang diperolehi, aku dapat Beli Rumah Kedua Tanpa Modal.


Melabur dan menjana pendapatan dari hartanah, memang amat berbaloi. Tapi sebelum tu, kena pandai mengurus kewangan terlebih dahulu. Macam yang kawan aku cakap, apa-apa pun kena simpan 10 peratus daripada pendapatan anda setiap bulan (no excuses). Kalau yang tu dah pass, tips kewangan yang lain boleh digunapakai dan perbaiki dari masa ke semasa. Bab kewangan nie, memang rumit sikit nak follow, kalau tak pandai urus, apa-apa yang diusahakan pun, huhuhu .. boleh hancur .. betul tak !


Apa-apa pun, tahniah kepada Abang Ensem, kerana berjaya menjana pendapatan lumayan dari rumah sewa. Siap masuk majalah Impiana Jun 2013 lagi. Aku pun, insyaAllah, kalau boleh memang nak jadi macam beliau satu hari nanti, menjana pendapatan dari rumah sewa. InsyaAllah..



Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah

As salam, sekiranya anda ingin melancong ke Kota Kinabalu, Sabah dan memerlukan kereta sewa, aku cadangkan anda sewa kereta dari person dibawah. Kenapa ? Pertama, anda tak tahu condition kereta sewa tersebut macam mana, okey ke tak ?. Kedua, perkhidmatannya bagaimana ? Bagus ke ? Entah-entah, mungkin akan terjadi seperti yang dialami oleh blogger Eyriqazz, perkhidmatan yang ditawarkan, tak seperti apa yang dijanjikan. Perkara yang sama juga pernah terjadi kepada aku, Elak Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu.


Kereta Sewa Kota Kinabalu Sabah 
Proton Saga FLX, antara kereta sewa yang disediakan


Untuk perkhidmatan kereta sewa di Kota Kinabalu, kawan aku menawarkan kereta sewa dari pelbagai model. Antaranya, kereta Perodua Viva, Kenari, Myvi, Alza, Exora, Proton Saga, Wira, Gen, Persona. Kereta-kereta model Toyota pun ada, antaranya Toyota Unser dan Avanza. Kalau yang nak naik gunung Kinabalu, dan perlukan perkhidmatan penghantaran ke sana, anda tidak perlu risau, sebab kawan aku turut sedia perkhidmatan tersebut. Tapi kena bagi tau awal-awal la. Jangan esok nak naik Gunung Kinabalu, hari nie baru nak bagi tau. Susah la macam tu !


Untuk makluman lanjut dan pertanyaan harga sewa kereta, better call dia sendiri. Nombornya ada aku letak dibawah.


Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Kinabalu; 
Call/SMS/WhatApp/WeChat/LINE/Viber
Faizul - 019 481 7846
*untuk menyewa, pelanggan perlu sediakan satu salinan IC dan lesen memandu (berpalang), dan serahkan semasa ambil kereta sewa.



Pendaftaran Murid Tahun 1 2014/2015 Online

Memandangkan Pendaftaran Murid Tahun 1 2014/2015 Online untuk Negeri Selangor telah dibuka, iaitu bermula dari 1 Mac hingga 30 April 2013, aku tak lepaskan peluang untuk mendaftarkan puteri sulung ke tahun 1. Tahun lepas, memang dah buka website pendaftaran ni, tapi masa tu dah ditutup. Jadi bila dah buka semula tahun ini untuk pendaftaran secara online, aku terus daftar.


Pendaftaran Murid Tahun 1 2014 online



Oh ya, untuk makluman lagi, pendaftaran ini hanya dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di kawasan Selangor dan mempunyai anak yang lahir pada tahun 2007 dan 2008 sahaja. Untuk negeri-negeri lain, sila rujuk cawangan Kementerian Pelajaran Malaysia yang terdekat ye !


Untuk mendaftarkan anak anda secara online, anda bole kunjungi website ini, Sistem Pendaftaran Murid Tahun 1 2014 Online


Bagi ibu bapa/penjaga yang pertama kali memohonan secara online, digalakkan untuk membaca Tatacara dan Panduan Permohonan terlebih dahulu, agar dapat memasukkan maklumat permohonan dan kod-kod yang diperlukan dengan betul. Bila dah faham, baru memulakan proses Permohonan Online. Perlu diingat, sebarang kesilapan semasa mengisi no mykid, tarikh kelahiran dan lain-lain maklumat yang diperlukan akan mengakibatkan permohonan gagal atau ditolak.


Setelah selesai melengkapkan permohonan secara online, ibu bapa / penjaga digalakkan untuk mencetak slip permohonan tersebut dan juga senarai semak dokumen melalui menu cetakan yang tertera. Dokumen tersebut perlu dikemukan ke sekolah yang dipohon bagi tujuan Perakuan Permohonan, yang mana akan disahkan oleh pihak sekolah nanti.


Selain itu, anda juga perlu menyimpan No Pin yang diperolehi dari cetakan borang yang telah lengkap. No Pin ini diperlukan bagi tujuan Kemaskini Profil/Permohonan dan urusan penyemakan keputusan pada masa akan datang.


- Jangan lewat membuat pendaftaran murid tahun 1, anak anda, kalau tak susah nanti, mungkin akan menyebabkan proses pembelajaran anak anda terganggu.


Akaun Simpanan Sebagai Dokumen Sokongan Pinjaman

Salam, disini saya ingin berkongsi idea yang saya perolehi dari seorang rakan Facebook, tentang bagaimana nak membuat pinjaman pembiayaan perumahan menggunakan akaun simpanan. Idea yang diberikanya memang menarik dan saya percaya ianya boleh dipraktikkan untuk siapa yang ingin membuat pinjaman nanti.


Akaun Simpanan Sebagai Dokumen Sokongan Pinjaman



Rakan Facebook aku nie memang mempunyai tabiat menyimpan dalam akaun simpanan dengan konsisten, dan sebelum nie pun, memang banyak bank yang call, nak menawarkan kad kredit dan pinjaman. Untuk makluman lagi, yang terbaru, beliau telah berjaya membeli sebuah rumah bernilai RM680K dengan tips ini, walaupun hanya seoarang surisumah sepenuhmasa.


Rakan Facebook aku bagi tahu, untuk menyertakan Akaun Simpanan sebagai dokumen sokongan pinjaman, sila pastikan amaun di dalam akaun tersebut memang mencukupi untuk membayar 10 peratus downpayment + legal fee + amaun yang perlu ditambah, jika ada (biasanya, bank akan value rendah daripada harga owner nak jual) kerana pihak bank hanya akan mengambil kira 70% sahaja daripada jumlah keseluruhan simpanan.


Untuk lebih memahami, disini ada sedikit latihan matematik, yang beliau berikan

Contohnya:
*Harga rumah yang ingin dibeli = RM100K

*10 peratus downpayment= 0.1 x 100K=10K

Berapakah jumlah simpanan (S) yang diperlukan sekiranya, hanya 70 peratus sahaja yang diluluskan dari 10K tersebut ?

70 peratus x S = 10k (downpayment)

S = 10K/0.7 = RM14,286 (minimum)

*lagi banyak lagi bagus.

Pengiraan yang diberikan adalah dengan mengambil kira 90 peratus loan (polisi Bank Negara) yang diluluskan oleh pihak bank. Lagi satu, kalau bank value lebih rendah daripada harga yang owner nak jual, masukkan juga amaun yang perlu ditambah. Nahhh, itu la jumlah simpanan yang diperlukan untuk sokongan pinjaman  rumah idaman tuan/puan.

Kalau berminat nak tahu lebih lanjut, rakan Facebook aku bagi cadangan supaya baca tips disini, Rahsia Senang Mendapat Pinjaman, Ebook Pelaburan Hartanah Tanpa Modal dan beberapa lagi buku yang digunakan sebagai rujukan.

- Moral of story, sila simpan 10 peratus daripada pendapatan anda setiap bulan (no excuses)



Rafflesia Arnoldii Blooming Kundasang

Hari tu kat Sabah, masa on the way nak balik dari Poring Hot Spring ke Kundasang, nampak banner kat tepi jalan pasal bunga Rafflesia tegah berkembang, apalagi, aku dan kawan-kawan terus singgah kat situ. Bukan senang nak tengok live bunga Rafflesia yang tengah kembang. Selalu tengok kat Internet je. Nie nak tengok sendiri macam mana rupanya bunga Rafflesia nie dari jarak dekat.


Rafflesia Arnoldii Blooming Kundasang
Adenna Rafflesia Garden



Nak tengok bunga Rafflesia nie, tak banyak tempat ada. Kalau lalu area sini, dan nasib anda baik dan jumpa banner macam nie kat tepi jalan, better terus singgah. Menurut penjual tiket kat situ, masa nie memang bunga Rafflesia dah berkembang, tapi untuk hari kelima. Kalau anda nak tahu, bunga Rafflesia cuma boleh bertahan dalam 6 hari saja. Lepas tu akan kucup dan membusuk. Emm .. dah alang-alang kat sini, tak kisah la walaupun dah kembang untuk hari kelima, janji dapat tengok macam mana rupa bunga Rafflesia tu secara dekat.


Rafflesia Arnoldii Blooming Kundasang



Rafflesia Arnoldii Blooming Kundasang



Lepas bayar tiket, kita orang ikut seorang guider yang bertugas, pergi ke tempat bunga Rafflesia tu. Nak masuk ke lokasi bunga Rafflesia berkembang nie, kena jalan kaki ala-ala macam jungle trecking sikit, kira-kira 5-10 minit macam tu, sampai la.


Best gak jalan-jalan kat sini sebab boleh tengok banyak spesis tumbuhan terpelihara macam jenis pokok ubat dan bunga-bungaan kat sini. Lepas tu kita orang nampak anak sungai, masa tu masing-masing tercengang bila nampak titi buluh kat anak sungai tu. Ini betul-betul adventure!


Rafflesia Arnoldii Blooming Kundasang



Lepas tu, jalan sikit lagi ke depan, dah boleh nampak kawasan bunga Rafflesia kat situ.


Rafflesia Arnoldii Blooming Kundasang
Rafflesia Arnoldii



Itu dia bunga Rafflesia! Alhamdulillah! dapat tengok bunga Rafflesia live! Memang besar bunga Rafflesia ni walaupun dah nampak kurang fresh sebab dah masuk hari kelima. Oh ya, bunga Rafflesia yang kita orang tengok nie, adalah jenis Rafflesia Arnoldii. Bunga Rafflesiaada beberapa jenis lain. Antaranya, bunga Rafflesia Cantleyi, bunga Rafflesia Gadutensis, bunga Rafflesia Hasseltii dan banyak lagi.


Rafflesia Arnoldii Blooming Kundasang



Rafflesia Arnoldii Blooming Kundasang



Kalau datang sini jangan tengok bunga Rafflesia aje, kena la juga baca info-info pasal bunga Rafflesia yang disediakan kat sini untuk bacaan umum. Bukan apa, dapat jadikan sebagai pengetahuan am untuk kita.


Oh ya, kalau nak cari kereta sewa diKota Kinabalu, boleh call perkhidmatan kereta sewa dibawah;

Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Kinabalu; 
Call/SMS/WhatApp/WeChat/LINE/Viber
Faizul - 019 481 7846

*untuk menyewa, pelanggan perlu sediakan satu salinan IC dan lesen memandu (berpalang), dan serahkan semasa ambil kereta sewa.


Tips Berhenti Isap Susu Botol

Cubaan untuk menukarkan tabiat "minum botol" kakak, dah nak masuk 7 tahun, masih lagi isap susu botol. Kebetulan pulak tadi ada sahabat baik hadiahkan cawan comel berbentuk kucing ni kat aku. Nanti boleh la bagi kat kakak, guna minum susu. Harap-harap menjadi tuwww !


Tips Berhenti Isap Botol Susu



Antara tips yang aku baca, untuk pisahkan kanak-kanak dengan botol kesayangannya, pertama, kena la bagi minum dalam cawan yang menarik. Lepas tu puji la sikit ! Kanak-kanak memang suka kalau ibubapanya puji. Tu cara yang terkini la ! Kalau ikutkan tips orang tua pulak, cuma perlu calitkan benda masam, cth; asam jawa, kat puting susu botol. Lama-lama, pasti kanak-kanak tu tak nak lagi minum mengunakan botol.


Tapi, tak apa la, nak cuba dulu tips terkini. Nak kakak berhenti minum dalam botol sendiri, dengan gembira. Baru la senang hati. Nak calit-calit nie, bukan tak bagus, tapi kesian la kakak, sementara nak stop tu, tentu muka dia mencuka je. Hehehe ..


Pakej Istimewa Umrah Dan Ziarah iUmrah Rakyat

Kepada yang berniat dan berhajat untuk melakukan umrah pada tahun ini, iUmrah Rakyat ada membuat pakej Umrah dan Ziarah, selama 11 hari, 9 malam dengan harga istimewa serendah RM3999. Untuk makluman lanjut, anda boleh hubungi nombor yang tertera dibawah;


pakej istimewa umrah ziarah 2013


Perunding Umrah
Hajah Epah @ Latipah Salleh
h/p : 019 4811 611


Untuk pakej ini, iUmrah Rakyat turut menyediakan kursus umrah bagi setiap Jemaah, agar dapat melakukan urusan ibadah dengan lebih teratur disana. Selain itu, khidmat Mutawif, Muzawir dan Muassasah yang berpengalaman turut disediakan.

Jadual pakej perjalanan meliputi ;

HARI 01 : KUALA LUMPUR (KLIA)
Pendaftaran masuk secara berkumpulan di aras 5 bagi penerbangan ke Madinah


HARI 02 : MADINAH - ZIARAH DALAM
Tiba di Madinah dan daftar masuk hotel. Jemaah di bawa menziarahi Masjid Nabawi,Raudhah, Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Perkuburan Baqi’


HARI 03 : MADINAH - ZIARAH LUAR
Ziarah Masjid Quba, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Bukit Uhud & Pasar Kurma


HARI 04 : MADINAH
Jemaah bebas beribadat bersendirian.


HARI 05 : MADINAH -MAKKAH
Ziarah Wada’. Bertolak ke makkah dan singgah di Bir Ali untuk berniat Umrah. Tiba di Makkah, Jemaah akan daftar masuk hotel. Jemaah akan dibawa mengerjakan Umrah bersama Mutawif.


HARI 06 : MAKKAH ZIARAH 1
Ziarah Gua Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mina, Muzdalifah & Jaaranah untuk Miqat.


HARI 07 : MAKKAH
Jemaah bebas beribadat bersendirian.


HARI 08 : MAKKAH ZIARAH 2
Ziarah Hudaibiyah dan Ladang Unta. Di Hudaibiyah jemaah boleh berniat ihram untuk Umrah (tiada halangan)


HARI 09 : MAKKAH
Jemaah bebas beribadat bersendirian.


HARI 10 : MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR
Jemaah dikehendaki mengerjakan Tawaf Wada’ sebelum meninggalkan Makkah. Jemaah menaiki bas menuju ke Jeddah, singgah sebentar di Masjid Terapung, menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah


HARI 11 : KUALA LUMPUR
Jemaah tiba di KLIA


Rasulullah SAW bersabda:

“Daripada satu umrah ke umrah berikutnya adalah penghapus semua kesalahan serta dosa yang berlaku antara keduanya. Haji yang mabrur (yang dilakukan dengan ikhlas dan sempurna) itu tidak ada ganjarannya yang setimpal melainkan syurga.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)