Tips Dari Pakar Usahawan Internet

Baru je selesai membaca ebook Pakar Usahawan Internet yang aku beli pagi tadi. Overall, dari apa yang aku baca, ebook nie memang bagus untuk para usahawan internet, termasuk la untuk diri ku sendiri. Banyak tips yang dikongsikan. Ya, aku memang dah lama meminati bidang usahawan internet. Kenapa ? Salah satu sebabnya, modal yang rendah dan mudah dilakukan dimana jua. Yang paling penting sekali, bisnes ini boleh menjana pendapatan 24 jam tanpa henti. Apa yang perlu anda ada, hanya punyai laptop dan sambungan Internet. Itu je !


Tips Dari Pakar Usahawan Internet



Tak reti atau tak tahu dimana nak BERMULA, itu memang salah satu alasan yang sering aku dengar. Memang dirumah tak ada internet, tapi bila dipejabat, hampir 10 peratus masa terbuang dengan Facebook. Ehh .. yang tu boleh pulak. Jadi buangkan alasan tersebut dan fikir secara POSITIF. Masa memang mencemburui semua orang, jadi rancang masa anda dengan bijak. Perlu ingat. bila lagi anda nak berubah, kalau tak bermula dari sekarang.


Perniagaan Internet sememangnya bukannya mudah dan juga bukan susah untuk diusahakan. Yang penting anda kena rajin ! Kisahnya sama juga seperti buat blog. Kalau buat entry pertama pun dah harap beribu yang baca. Itu susah la ! Sama juga kalau nak mulakan perniagaan Internet. Anda perlu beri komitment sekurang-kurangnya 3 bulan ke atas sebelum anda dapat hasilnya.


Dalam ebook Pakar Usahawan Internet ini, ada diterangkan beberapa elemen / tool penting yang wajib anda pelajari dan boleh digunakan pakai dalam perniagaan Internet. Selain itu penulis juga kongsikan 7 Teknik Pemasaran Internet yang popular dan paling hangat masa kini. Aku pun pernah guna salah satu teknik ni dalam blog, dan aku akui memang bagus.


Antara perkara lain yang dikongsikan, Bagaimana Buat Duit Di Internet, 3 Langkah Sebenar Buat Duit Di Internet Dengan Berjaya, 3 Elemen Yang Penting Untuk Perniagaan Internet dan beberapa lagi Rahsia Dan Strategi Pemasaran Perniagaan Yang Efektif. Turut diberikan sebuah lagi ebook sebagai BONUS sekiranya anda membeli ebook Pakar Usahawan Internet ini sekarang.

4 comments :

  1. Tips nie juga boleh diperbagaikan dalam blog ^__^

    ReplyDelete
  2. satu tips tu mesti seo..saya minat jugak tapi tak tahu ape yang nak dijadikan bisnes..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan tu je, ada juga tips pasal niche dan lain-lain lagi. :)

      Delete