Tempah Tiket Percuma AirAsia

Rasanya nie bukan kali pertama AirAsia menawarkan tempat duduk percuma, tahun lepas pun ada, tapi tahun tu aku tak sempat nak cilok beberapa tempat duduk. Kalau tak, huhuhuhu .. memang naik kapal terbang free la. Hehehe ..


Tempah Tiket Percuma AirAsia



Okey, untuk penerbangan pada tahun 2013 nie pulak, buat kali pertamanya, AirAsia menawarkan 10,000 tempat duduk percuma, untuk tempahan ke destinasi menarik yang hanya sah, bagi penerbangan pada 1 hingga 30 April dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru sahaja. Tempat-tempat lain, tak boleh !


Tempat duduk percuma juga ini hanya akan dibuka untuk tempahan selama 24 jam bermula 12.01 pagi, Jumaat (15 Februari), kepada semua rakyat Malaysia yang memiliki MyKad sahaja. Kalau tak ada MyKad, tak boleh tau .. (ehh .. ada ke rakyat Malaysia yang tak ada MyKad). Selain itu juga, tempat duduk percuma ini juga tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam semenanjung atau Sabah dan Sarawak.


Berkenaan cukai lapangan terbang seperti peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain, ianya tidak termasuk dalam tambang murah tersebut yakni, korang kena tambah kos sikit la.


Kalau perlukan perkhidmatan kereta sewa di Sabah, korang boleh hubungi nombor yang tertera dibawah;

Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Kinabalu; 
Call/SMS/WhatApp/WeChat/LINE/Viber
Faizul - 019 481 7846

- Best la kalau dapat Tempah Tiket Percuma AirAsia selalu .. ^__^


3 comments :

  1. sempat ke tak ni...pernah tunggu 12.01 am pun dah full huhu


    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba je, mana tau dapat, boleh pergi melancong percuma .. (tiket penerbangan je percuma, makan minum dan lain-lain kena bayar sendiri .. hehehe)

      Delete