Elak Sewa Kereta Murah Di Kota Kinabalu

Sebenarnya, aku malas nak cite pasal apa yang terjadi masa di Kota Belud, Sabah hari tu. Nak ditakdirkan, kereta sewa yang kami sewa, pancit ditengah jalan. Nasib baik masa tu dah sampai Pekan Kota Belud. Kalau pancit masa on the way dari Kudat, tentu susah. Ok citanya begini, masa nak ambil kereta sewa tu, memang aku perasan, tayar sebelah kanan belakang dah kurang angin, condition tayar pulak, macam yang korang tengok la. Nama pun kereta sewa. So lepas pam , setel !


kereta sewa kota kinabalu murah



Masa dari Kudat nak ke Kundasang, singgah kat stesyen minyak (pam pusing-kampung style, korang fahamkan .. hehehe) ada sorang pemandu tegur, tayar belakang macam kurang angin. Disebabkan kat situ, tak ada pam, kami teruskan, dan tiba di Kota Belud, tak sempat nak singgah pam minyak, tayar pancit.


Masa tu, berpeluh jugak la menunggu abang tukar tayar spare, dah la matahari terpacak atas kepala. Dah tukar, terus cari kedai tayar kereta dengan harapan dapat tampal, tayar kereta yang bocor. Bila mekanik kedai kereta check, dia cakap tak boleh tampal lagi, condition tayar dah teruk ! Bunga dah haus dan terkopek, dan dia cadang, tukar tayar baru.


Lepas cakap, kereta ni kereta sewa, dia nasihatkan call agen tu dulu untuk makluman. Lepas abang call, cakap tayar tak boleh tampal. Tetiba je dia cakap "Tayar elok, kenapa nak tukar" Ehh .. macam tu pulak.


kereta sewa sabah
Kat kedai ni la kami tukar tayar tu. Service .. memang tip top !


So, abang minta dia cakap dengan mekanik tu sendiri. Korang tau, ada ke patut, agen tu minta kami bawa tayar asal pulang ke Kota Kinabalu. Dah la naik kereta 5 orang, dengan beg lagi. Mana nak sumbat tayar lama tu ! Tak kan nak letak atas bumbung !


baiki kereta sewa sabah
Perut tengah lapor, yang ingat, nak singgah kat KFC je lepas ni .. hehehe


Lepas dah tukar tayar baru, kami teruskan perjalanan ke Kundasang. Mula-mula, happy la, sebab dah setel, tapi bila sampai kat Kota Kinabalu, agen call, cakap owner kereta tak nak bertangungjawab dan hanya cover 50 peratus dari kerosakan sahaja.


Meaning harga tayar RM170, dia hanya cover separuh saja iaitu RM85 sahaja. Baki ditanggung oleh penyewa. Pehhh .. marah jugak masa tu, tapi abang cakap tak pe la. Malas nak bertekak ! Datang pun nak happy-happy. Nasib baik la masa tu, kami masih berhutang 1 hari sewa kereta, so lepas tolak kos tukar tayar, kami cuma perlu bayar sikit sahaja.


tayar kereta sewa sabah murah



Kiranya memang menyesal jugak la sewa kereta murah di Kota Kinabalu ni. Kalau tau, lebih baik sewa kereta dengan syarikat kereta sewa berdaftar. Mahal sikit, tak pe la, asalkan selamat dan keadaan kereta ok. Nie, lain pulak jadinya. Aku pun, pada mulanya memang bercadang nak promote kereta sewa tu, tapi lepas apa yang terjadi, terus tak jadi. Malas la ! Dah la service kereta pun tak ikut time yang disyorkan, lepas tu, kena bayar extra pulak. Baik aku promote benda lain, lagi bagus .. lagi best !


Oh ya, kalau ada yang nak sewa kereta, atau perlukan pemandu kereta untuk hantar naik Gunung Kinabalu, better call person dibawah ni. Dia boleh berikan sewa kereta terbaik untuk ada. Nak minta diskaun , tu kena tanya dia sendiri okey.

Perkhidmatan Kereta Sewa Kota Kinabalu; 
Call/SMS/WhatApp/WeChat/LINE/Viber
Faizul - 019 481 7846

- Elok sangatkan tayar kereta atas tu .. terbaik dari ladang ... :(


20 comments :

  1. Sabar-sabar.

    Murah tue dalam berapa % ek.. kalautakat RM10-20 rasanya tak berbaloi sangat kot

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
  2. Ya Allah. ni info utk saya sbb bln 12 ni akan ke sana. thanks for this info. have to be careful.

    ReplyDelete
  3. thanks sebab sharing this advise..memang ramai orang akan utend untuk dapatkan benda yang murah..lepas ni kalau sy nak sewa keta murah sy akan pikir 2-3 kali..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. Tempat orang kita kena ikut rentak mereka...tapi sebenarnya mencabar bawa kereta dari KK ke Kundasang...akak suka laluan itu,best sangat masa drive dulu...hihiii

    ReplyDelete
  5. saya baru balik dari sabah minggu lepas. Dekat sana saya dan kawan-kawan fortuner. Pada mulanya kami booking avanza tapi agen tu silap bagi kereta pada orang lain dan diaorg ganti dengan fortuner dengan kadar yang sama. RM180+RM20(Insurans)/Sehari.

    ReplyDelete
  6. kesian kat uols. mesti itinerary dah lari dari apa yg dah uols plan . moga jd iktibar pd pembaca yg lain

    ReplyDelete
  7. Saya pun dah kena sewa viva break berasap

    ReplyDelete
  8. kalau datang sabah lagi contact-contact lah saya.. kami sediakan perkhidmatan kereta sewa dari kecik myvi,viva,avanza) ke besar ( dmax,urvan)..sekali dengan driver pun boleh.. insyaallah akan beri perkhidmatan yang terbaik.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, nanti kalau datang Kota Kinabalu lagi, kami call, memang ada plan nak naik Gunung Kinabalu pulak. .. ^__^

      Delete
  9. Replies
    1. Opsss, sorry .. typing error, dah diperbetulkan .. ^__^

      Delete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. leh bg num contact num yg tipu tu x sbb sy de contact number kete yg murah ni..takut org yg sama

    ReplyDelete
  12. leh bg num contact num yg tipu tu x sbb sy de contact number kete yg murah ni..takut org yg sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf cik, dah tak ingat, saya dah buang nombor tu .. malas nak ingat :(

      Delete
  13. Hmm ada pengalaman pahit juga ehh sewa kereta di kota kinabalu ni ... mungkin kalau guna Car Rental Kota Kinabalu ok kot ...

    Saya memang cadang nak lawat Sabah ... info di atas ni beri pengetahuan gak pasal sewa kereta nak murah2 ni .. terima kasih ...

    ReplyDelete
  14. Satu lagi dah kena pasal tayar. Pelancong dari Scotland ambik kereta sewa murah, bila dia datang Kota Belud saya tegur tayar dah nampak dawai.. Call owner, dia suruh minta saya tolong diorang utk tukar dulu dgn tayar 2nd hand... tapi tayar saiz tu xde jual 2nd hand terpaksa diorg tukar 2 biji tayar baru. Lepas tukar tayar (di Kota Belud juga) mekanik bgtau tayar dah goyang & kena tukar balljoint tapi kedai tu tak ada service tukar balljoint so recommend pegi bengkel lain. Sudahnya saya terpaksa tolong diorang cari mekanik. Tayar saja dah dekat RM700 (oversized tyre for double cab). Spare part (balljoint + upper arm bush) dah RM124 satu set tapi terpaksa kembalikan spare part ke kedai sebab kereta dah modify & part x ngam. Lepas saya call owner & kedai dia berkali-kali baru dia dtg ke Kota Belud utk hantar spare-part dari Kota Kinabalu. Saya minta dia RM100 utk gaji mekanik tapi dia ckp dia xde duit, bagi RM50 je... dia ckp lagi yg lebih tu minta dgn Mat Saleh yg sewa kereta tu. Ada ka patut???

    ReplyDelete
  15. Satu lagi dah kena pasal tayar. Pelancong dari Scotland ambik kereta sewa murah, bila dia datang Kota Belud saya tegur tayar dah nampak dawai.. Call owner, dia suruh minta saya tolong diorang utk tukar dulu dgn tayar 2nd hand... tapi tayar saiz tu xde jual 2nd hand terpaksa diorg tukar 2 biji tayar baru. Lepas tukar tayar (di Kota Belud juga) mekanik bgtau tayar dah goyang & kena tukar balljoint tapi kedai tu tak ada service tukar balljoint so recommend pegi bengkel lain. Sudahnya saya terpaksa tolong diorang cari mekanik. Tayar saja dah dekat RM700 (oversized tyre for double cab). Spare part (balljoint + upper arm bush) dah RM124 satu set tapi terpaksa kembalikan spare part ke kedai sebab kereta dah modify & part x ngam. Lepas saya call owner & kedai dia berkali-kali baru dia dtg ke Kota Belud utk hantar spare-part dari Kota Kinabalu. Saya minta dia RM100 utk gaji mekanik tapi dia ckp dia xde duit, bagi RM50 je... dia ckp lagi yg lebih tu minta dgn Mat Saleh yg sewa kereta tu. Ada ka patut???

    ReplyDelete
  16. assalam...blh bg nama company kereta sewa murah tu...bln sept ni nk ke sabah bercadang nk sewa kereta utk 5 hari...bimbang terkena benda yg sama...

    ReplyDelete