RM50 Ribu Wang Lisa Surihani Lesap

Salam, terbaca berita RM50 Ribu Lisa Surihani Lesap dalam akaun bank disyaki kekeluarkan oleh individu lain. Kehilangan wang tersebut mula disedari apabila ibu Lisa ingin mengeluarkan sejumlah wang melalui mesin juruwang automatik di Seksyen 9 bandar Baru Bangi, baru-baru ini, namun gagal. Apabila dirujuk dengan bank, rupa-rupanya kad yang dalam simpannya sudah tidak boleh digunakan kerana sudah ditukar dengan kad baru oleh individu lain tanpa pengetahuannya.





Selepas semakan keatas akaun bank dilakukan, didapati terdapat rekod pengeluaran wang sebanyak RM50,000 dari akaun tersebut dikeluarkan di beberapa lokasi dan yang terbaru di Kuantan, Pahang, pada selasa lalu. Berikutan itu, Lisa Surihani dan ibunya tampil membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru Bangi, pada hari yang sama.


Namun yang menjadi kemuskilannya, macam mana proses penukaran kad boleh dilakukan oleh orang lain ? Bukan ke setiap proses penukaran kad memerlukan bukti seperti kad pengenalan.


- Sabar ye Lisa ! Mungkin pihak polis akan dapat selesaikan kes ini.


9 comments :

  1. adakah ini kecuaian bank??? ish.. dah tak selamat dah sekarang ni.. simpan kat bank pun boleh kena rompak..

    ReplyDelete
  2. Aiyyok..cmne leh jd cmtu...pelikkkkk...

    ReplyDelete
  3. ye betul tu,simpan kt bank hilang,simpan kat rumah lagilah adeihh!x sbr nk follow up kes lisa ni kesian dia.

    ReplyDelete
  4. RM50K.. banyak tu.. duit duit dimana kau duit...

    ReplyDelete
  5. bahaya betulla. mcm mana boleh lesap yer.

    ReplyDelete
  6. satu je dalam fikran,, banyaknya duit dalam acc dia...huhu 50k tue..or rasanya lebih dr tue..

    ReplyDelete
  7. itu la yg peliknya. bkn ker kalau nak tuar buku atau sebarang urusan yang penting sebegitu kena tunjuk dan scan ic bagai.. ke ada komplot ngan org dlm nih?

    ReplyDelete
  8. peliknyer...kite tgu jela polis siasat bnde nih~!

    ReplyDelete