Dari tinjuan yang aku baca kat Blog, dan Facebook, ramai juga yang kata kemungkinan Shila Amzah juga dilihat sebagai salah seorang antara artis yang kemungkinan akan merangkul Anugerah Juara Lagu ke 27. Namun, siapakah yang benar-benar merangkul anugerah juara lagu ke 27, sama-sama kita tunggu siaran secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil melalui siaran TV3 jam 9 malam ini, okey !
Bagi yang tidak berkesempatan menonton melalui kaca TV, anda juga boleh menonton secara Live Streaming Online Anugerah Juara Lagu (AJL 27) 2013 melalui pautan yang disediakan dibawah.
Malam ini, Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013 akan berlangsung dengan tema yang menarik iaitu Gabungan Seni dan Muzik, sama seperti irama dan lagu yang tak dapat dipisahkan, begitu juga gabungan seni dan muzik, yang tak mungkin boleh dipisahkan sama sekali. ^__^
Selain itu, anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini Anugerah Juara Lagu (AJL 27) 2013 secara live streaming melalui Twitter dengan hashtag #AJL27 dan #TV3. Berikut adalah antara lagu-lagu yang akan akan dipertandingan pada Anugerah Juara Lagu 27 (AJL27) 2013 malam ini. Selamat mononton !
1. Lagu : Idola
Artis : Azlan & The Typewriter
Komposer / Penulis Lirik : Audi Mok / Azlan
2. Lagu : Pelangi Senja
Artis : Stacy
Komposer /Penulis Lirik : Taja / Tun Teja
3. Lagu : Anak Kampung
Artis dan Penulis Lirik : One Nation Emcees dan Jimmy Palikat
Komposer : Jimmy Palikat
4. Lagu : Terukir Di Bintang
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Yuna
5. Lagu : Ombak Rindu
Artis / Komposer, Penulis Lirik : Hafiz dan Adira / Zaidi
6. Lagu : Tanpamu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Amir Jahari
7. Lagu : Lagu
Artis / Komposer dan Penulis Lirik : Bedroom Sanctuary / Bo Amir Iqram
8. Lagu :Teman Pengganti
Artis /Komposer dan Penulis Lirik : Black & Malique / Malique
9. Lagu : Ku Akui
Artis / Komposer dan Penulis Lirik : Hafiz / Ajai
10. Lagu : Simetri
Artis /Komposer : Hazama dan Amy Search / Audi Mok
Penulis Lirik : Zel Firdhaus Haduan
11. Lagu : Andaiku Bercinta Lagi
Artis / Komposer dan Penulis Lirik : Mojo / Edry Abdul Halim
12. Lagu : Patah Seribu
Artis, Komposer, Penulis Lirik : Shila Amzah
- Yang mana satukah lagu pilihan anda, yang akan dnobatkan sebagai Anugerah Juara Lagu (AJL 27) 2013 malam ini ? ^__^

