Daftar Online Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

Alhamdulillah, selesai mendaftar Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA). Sekarang hanya perlu tunggu permohonan tu diproses. InsyaAllah, kalau lulus dan terpilih nanti boleh la beli rumah pada harga yang lebih rendah daripada pasaran sekarang.


Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)



Yang belum mendaftar dan ingin mendaftar secara online, anda boleh mengisi disini, Borang Perumahan PR1MA. Sebelum itu, sila pastikan anda layak untuk memohon Rumah PR1MA Malaysia ini. Antara syarat-syaratnya permohonan Rumah PR1MA Malaysia;


- Pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur sekurang- kurangnya 21 tahun semasa permohonan dibuat.
- Permohonan terbuka kepada individu atau keluarga (suami dan isteri) dengan pendapatan purata bulanan isi rumah antara RM2,500 – RM 7,500.
- Pemohon dan pasangan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah.
- Syarat-syarat tambahan mengikut negeri-negeri.


Antara kawasan yang akan dibangunkan menerusi projek PR1MA pada tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya adalah seperti berikut;


Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)



Berikut adalah gambar projek terkini Perumahan Rakyat 1Malaysia, iaitu projek Nusantara Prima di bandar Nusajaya yang ditawarkan pada harga mampu milik serendah RM199,000. Lokasi perumahan merupakan kawasan yang strategik dan hanya mengambil masa 7 minit ke Legoland, dan 8 minit ke Kota Iskandar. Kalau ikutkan, harga dikawasan ini tentu melambung tinggi, namun dijual rendah dari harga pasaran. Berminat ? Anda boleh lihat di SINI.



Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)



Untuk pengetahuan anda juga, setiap pemohonan yang layak akan melalui proses pengundian terbuka yang akan dipantau firma akauntan bertauliah, bagi memastikan setiap pemohonan mempunyai peluang sama rata. Jadi kat sini, tak akan timbul isu pemohonan mengunakan khidmat "orang dalam" atau sebagainya.


Selain itu, ada beberapa syarat yang dipatuhi sekiranya berjaya memiliki rumah PR1MA. Antaranya, moratorium selama 10 tahun yang mana, aset tersebut tidak boleh dijual atau dipindah milik tanpa kebenaran pihak PR1MA dan pemilik wajib mendiami rumah PR1MA tersebut.


- Anda dah daftar ke Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) ?


6 comments :