Untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 skim Isi Rumah. Syarat-syaratnya yang dikenakan masih tidak berubah. Kekal seperti sebelum ini. Antara syarat-syaratnya ;
- Warganegara Malaysia
- Berkeluarga (Ketua Keluarga) dengan keseluruhan isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah.
Takrif Ketua Keluarga merangkumi :
- Individu yang telah berkahwin
- Ibu/bapa tunggal yang mempunyai tanggungan ketas keseluruhan keluarga
- Bujang yang mempunyai tanggungan
- Warga emas (berumur 60 tahun dan ke atas) yang hidup sebatang kara.
Bagi skim ini, mereka yang layak dan terpilih akan menerima bantuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 bagi tahun 2013 secara one off sebanyak RM500
Untuk penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 skim Individu Bujang pula. Syarat-syarat yang ditetapkan adalah seperti berikut;
- Warganegara Malaysia
- Bujang dan berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2000
- Tidak mempunyai tanggungan keluarga.
- Bukan penuntut IPTA / IPTS
- Bekas penuntut IPT dan masih menganggur
Petikan kenyataan dari Pejabat Menteri Kewangan:
"Pejabat Menteri Kewangan hari ini menjelaskan bahawa pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang berumur 21 tahun ke atas tidak termasuk dalam skim penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0. Ini adalah kerana mereka telah layak menerima Baucar Buku 1Malaysia bernilai RM250 yang diberi buat kali kedua"
Mereka (Individu Bujang) yang layak dan terpilih akan menerima bantuan Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M 2.0 bagi tahun 2013 secara one off sebanyak RM250
Untuk makluman ! Pemohon hanya dibenarkan memohon bagi satu skim sahaja. Tidak boleh mohon 2 skim serentak dalam satu masa. Contoh macam mohon Bantuan Rakyat 1 Malaysia BR1M skim Isi Rumah, sebab anda menanggung keluarga. Tetapi dalam masa yang sama, anda memohon untuk skim bujang sebab pendapatan bawah RM2000. Itu tidak dibenarkan !
- Fahami syarat-syarat yang ditetapkan dengan terperinci supaya pemohonan anda tidak ditolak .. ^__^
baiklah
ReplyDeletenak cuba mintak la kali ni
ReplyDeleteCuba la, insya Allah, kalau semua syarat-syarat yang diberikan, dipenuhi. Insya Allah boleh dapat ! .. ^__^
Deletebila kuar borang erk?
ReplyDeleteDengar cite dalam bulan nie. Tak sure hujung atau pertengah bulan ... tapi bulan Nobember 2012 nie, memang dah boleh daftar samada guna online atau borang BR1M
Deletexsbr nk mtk huhu..
ReplyDeletePenantian itu suatu penyiksaan .. ^__^
Deletehaha..nak apply jgk~
ReplyDeleteKalau layak, tak salah nye daftar. Lagipun bukan kena bayar pun .. hehehe
DeleteBoleh try.. hehehe... kalau dapat... pas subuh... kena pi serbu awal2.. kalau x.. beratur panjang la cam kereta api.. hoho
ReplyDeleteAlhamdulillah, rezeki jangan ditolak.. Semoga semua berjaya ye.. :-)
ReplyDeleteTQ sharing info ni..
wah..layak ke kita ni untuk dapat.. :)
ReplyDeleteKalau semua syarat ada .. layak la tuuu ! ^__^
DeleteAlar...student xlayak ekh??? sodihlar macam nie.. Ngeeeee
ReplyDeleteStudent kan dah dapat bantuan beli buku .. ok la tu .. =)
Deleteyup, bole try apply ^^
ReplyDeleteApply la k .. mana tau dapat ..
DeleteINSYAALLAH dapat nanti
ReplyDeleteInsya Allah ..
Deleteternyata saya sangat layak.. nak kena mohon ni
ReplyDeleteDah layak .. apa lagi, apply le .. =)
Deleteowh ok.. tp borang permohonan dah keluar ke?? dah blh pergi mohon ke??
ReplyDeleteBelum lagi .. nanti dah keluar, saya bagi tau !
Deletemcm mn pula yang sudah penerima tapi dah bertukar alamat.skrg ni sy ddk dekat tawau yg sebelumnya di port klang
ReplyDeleteboleh update dengan LHDN
DeleteSaya pun nak jugak lah BRIM ni.
ReplyDeleteTapi ada iras2 ngan Bersih lah (Bersih 2.0), ada version BR1M 2.0 lah pulak
Tak ada irasnya, Bersih tu AGENDA KOTOR, BR1M ni, membantu .. mana sama ..
Deletekalau dulu sy dh pernah mohon boleh ke mohon lg..suami isteri boleh mohon serentak ke?
ReplyDeleteKalau dah mohon utk keluarga, dan dapat ! tak boleh mohon lagi. Lain la kalau permohonan dulu ditolak.
DeleteBrim bgus untuk rakyat .hidup perdana menteri kita
ReplyDeleteyang pernah(layak) mohon BR1M sebelum ni,kena apply lg ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteklu nama pemohon br1m rm250 tu ada dlm senarai tggungan br1m rm500,mcm mna?tk d luluskn ke?
ReplyDeleteKalau ikutkan, memang tak akan diluluskan sebab anda ditanggung oleh ketua keluarga.
Deletesebelum niy saya dah dapat br1m rm500 ,boleh dapat lagi tak untuk individu bujang ? bolehka terima kedua dua bantuan sekali ?sebab status saya layak ... boleh terangkan ?
ReplyDeletenak register BR1M untuk ayah . bila agaknya tarikh pendaftaran dibuka bagi tahun 2013 ?
ReplyDeleteSalam. Saya baru shj daftar BR1M bg pehak pakcik saya.. Naktanya selepas daftar ni apakah tindakan lanjut yg pakcik saya perlu buat..wasalam
ReplyDeleteSalam. Saya baru shj daftar BR1M bg pehak pakcik saya.. Naktanya selepas daftar ni apakah tindakan lanjut yg pakcik saya perlu buat..wasalam
ReplyDeleteHanya perlu tunggu surat jawapan sahaja
DeleteBagai mana caranya nak mendaftar melalui on9 ?
ReplyDeletesuami isteri boleh mohon x jika gaji di bawah rm3000
ReplyDeletesya mau tnya klau nma pmohon rm 650 tu,ada lah nma gerald thitus
ReplyDelete