Macam Mana Rupa Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tu ?

Ada kawan aku tanya, macam mana Rupa Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) tu ? Nak tau ke ? Haahhh .. nie dia aku tunjukkan gambar yang aku ambil baru-baru ini. Aku perasan .. sistem AES ni dipasang sebelum exit tol Kajang menuju ke Kuala Lumpur, beberapa minggu yang lalu. Sekarang .. memang dah totally beroperasi.


Rupa Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES


Perasan setiap kali lalu kat situ, kalau ada kenderaan memandu laju dilorong paling kanan. Memang akan ada kelibat flash dari kamera tersebut. So, kepada pemandu-pemandu yang memandu melebihi had laju tu. Kalau perasaan ada kelibat flash setiap kali memecut laju dilebuh raya. Jangan la segan-segan nak Semak Saman Trafik Online PDRM. Memang sah-sah .. ada !



Macam yang aku jumpa di Putrajaya pulak. Berbeza sedikit dari yang nie. Kamera Sistem AES dicantumkan sekali dengan flashnya dan tersembunyi disebalik deretan pokok dekat Lebuh Sentosa nak exit ke Precint 9. Kalau lalu situ hati-hati la ye.


Baru-baru nie pulak, isteri kawan aku dan kena rakam dengan sistem AES nie. Memang clear gilerr. Boleh nampak siapa yang memandu, siap dengan nombor plat kenderaan sekali. Ada kawan aku bagi tau kat mana kena, tapi aku tak ingat. Dari gambar yang diambil, rasanya macam lalu bawah flyover je. Hehehe .. melayang RM150.


-Tak kira dimana kamera sistem AES berada, kalau bawa kereta tu, bawa la secara berhemah. Jiwa selamat, duit pun tak melayang .. ^__^


3 comments :

  1. Boleh ke mereka2 yg mencadangkan sistem AES ne, membuktikan bahawa dgn adanya kamera ini boleh mengurangkan kadar kemalamgan dan kemalangan maut?
    Bukan ke kemalangan berlaku di mana sahaja akibat kecuaian manusia itu sendiri.... Lebih baik bazirkan duit mendidik pemandu dari menyeksa pemandu dgn saman ntah ape ape ntah ne....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini pun tujuan mencegah .. fikir2 kan la.

      Delete