Dugaan Untuk Puan Bee

Hari ini terbaca dekat blog Kak Kujie pasal suami Puan Bee masuk Hospital Pusrawi selepas pengsan di tempat kerja. Terkejut jugak ! Walaupun hanya kenal Puan Bee melalui alam maya dan masih belum bertemu muka. * dulu plan nak jumpa dekat Karnival Industri Asas Tani, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), tapi tak jugak jumpa*


hospital pusrawi kuala Lumpur
Gambar kipnap dari blog kak kujie 


Keadaan bertambah meresahkan terutama bila Kak Kujie bagi tau .. Puan Bee sesat jalan mencari arah untuk ke hospital pada malam tersebut. Padahal bukannya jauh pun, dari Pandan Jaya ke hospital berkenaan. Dalam lingkungan 9 KM gitu.


Bila mengenangkan berita macam ni. Terfikir .. apa yang perlu aku persiapkan sekira perkara yang tidak terduga terjadi keatas keluarga ku. Apa yang patut aku lakukan ? Sebelum ini, abang pernah ajar bagaimana nak guna GPS Maps dalam HTC. Senang nak cari jalan katanya. Tetapi tak ku endahkan. Mungkin lepas nie kena belajar balik nampaknya.


Memandu pada waktu malam, memang berbeza dengan ketika waktu siang. Boleh lihat signboard kalau sesat jalan. Tapi malam .. susah sikit terutama bagi yang kurang penglihatan. Ditambah lagi dengan keadaan panik. Macam-macam boleh berlaku. Jadi sekiranya ada persediaan dan panduan .. rasanya ..  perkara begini boleh diatasi.


- Sama-sama kita doakan semoga suami Puan Bee cepat sembuh .. ^__^


16 comments :

  1. hmm....mmg penglihatan mlm mmg berbeza skit dgn siang...nak nak kalo nak cri jln.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni mmg kena hafal semua destinasi yg penting terutama pusat perubatan serta tempat pasangan kita berkerja...sesetgh org x anggap benda ni penting...moga puanbee kuat mjalani dugaan ini dan semoga suaminya cepat sembuh...

    ReplyDelete
  3. Betul la.. mmg nk kena bersedia. Bukan nak minta benda buruk jadik.. cuma berhati hati ..
    Moga cpt sembuh.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah terkejut plak dapat tahu ni...

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Moga suami Pn Bee cepat sembuh. Saya pun kenal melalui alam maya...

    ReplyDelete
  7. semoga suami pun bee cepat sembuh...

    ReplyDelete
  8. Itulah pentingnya kita beristifar dulu (ketika peroleh berita mengejut)... tarik nafas supaya kita tidak tergopoh2 dan panik... thks berkongsikan pengalaman dan harap husband Pn Bee lekas2lah sembuh...

    p/: sori for the deletion.. typo errors..

    ReplyDelete
  9. semoga suami PB cepat sembuh..baru tahu jer ni lepas baca blog akak...
    Entri Terkini Harga Tiket AirAsia RM10,500

    ReplyDelete
  10. tips - kalau kita hanya menjadi penumpang, duduk di sebelah tak pernah memandu sendiri jalan tersebut, memang kita akan keliru bika diri sendiri terpaksa melaluinya buat pertama kali.

    ReplyDelete
  11. semoga segalanya berjalan lancar buat puan bee. dan semoga suami beliau segera pulih..amin..

    ReplyDelete
  12. kesian bee... moga suaminya cpt sembuh

    betul tu anastasyea, kita pun kena bersiap sedia utk hadapi prkara2 begini. suami sy baru beli GPS Garmin dan ada tunjukkan cara gunanya.. insyaallah mudah lah

    ReplyDelete