Daftar Kad Komuter 1 Malaysia - Diskaun 50 Peratus Tiket KTMB

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Kad Diskaun KTMB, anda boleh berbuat demikian dengan mendaftar Daftar Kad Komuter 1 Malaysia - Diskaun 50 Peratus Tiket KTMB mulai 22 Oktober hingga 21 November dikaunter khas KTMB yang telah disediakan


Daftar Kad Komuter 1 Malaysia


Syarat-syarat Daftar Kad Komuter 1 Malaysia ?


Ok, untuk memiliki Kad Komuter 1 Malaysia ini , pendaftaran  terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah. Tempoh kad sah untuk tempoh setahun bermula 1 November 2012 hingga 31 Oktober 2013.


Untuk mendaftar Kad Komuter 1 Malaysia ini, anda hanya perlu mengemukakan Kad Pengenalan,  salinan kad pengenalan, borang pemohonan yang telah diisi dengan lengkap dan disertakan bersama-sama dengan yuran pendaftaran, RM1 sahaja. Kad Komuter 1 Malaysia yang telah siap akan diperolehi pada hari yang sama.


Daftar Kad Komuter 1 Malaysia


Pengesahan bagaimana seseorang itu berpendapatan RM3,000 sebulan dan ke bawah, tak dinyatakan pula. Tapi seelok-eloknya, bawa la sekali butiran kewangan yang disahkan seperti slip gaji.


Daftar Kad Komuter 1 Malaysia


Stesen yang terlibat untuk pendaftaran dan perolehan Kad Komuter 1 Malaysia, meliputi stesen KL Sentral, Kepong Sentral, Tanjung Malim, Subang Jaya, Sentul, Bangi dan Sungai Gadut. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web http://www.ktmb.com.my

- Guna Kad Komuter 1 Malaysia ini, naik Komuter .. dapat diskaun 50 peratus .. jimat ! jimat !

Beli rumah impian tanpa modal


9 comments :

  1. sejak dah ada transport sendiri, jarang2 bebenar naik komuter nie... apatah lagi servis komuter yang lembab :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh guna waktu kecemasan , cth, masa kereta rosak teruk, jadi boleh la guna Kad Komuter 1 Malaysia ni. Pergi kerja ulang alik .. dah berapa RM. Ada kad nie, boleh la dapat diskaun .. =)

      Delete
    2. time kecemasan tu kad tertinggal dlm ofis plak...

      Delete
    3. Tu, tak boleh buat apa la. Kenapa tak simpan dalam dompet je. Kan senang .. :)

      Delete
  2. Bangi? wah dekat je belakang kolej. hehe =)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Dah ada kemudahan, daftar la, bagus tau, boleh jimat tambang .. :)

      Delete