Cara Pengeluaran KWSP Bagi Pencarum Yang Memilih Skim Pencen

Hari ni, aku cuba Google , borang dan Cara Pengeluaran KWSP Bagi Pencarum Yang Memilih Skim Pencen. Dah lebih 3 tahun, dan aku rasa, kini tiba la masanya untuk keluarkan duit yang ada dalam tu. Kalau biarkan macam tu pun, bukannya bertambah banyak. Lagi elok kalau simpan dalam ASB atau sebarang simpanan yang memberi dividen yang lebih tinggi .. ^__^




Dari carian yang aku jumpa, jumlah yang dapat dikeluarkan dari pengeluaran KWSP hanya la 45 peratus sahaja, bakinya .. 55 peratus akan dipulangkan kepada kerajaan. Emmm .. tak apa la, 45 peratus pun banyak jugak tu. Lepas tu, plus lagi dengan dividen dan caruman sewaktu kerja dengan sektor swasta dulu


Bagi yang tercari-cari bagaimana nak dapatkan borang dan cara pengeluaran KWSP ni, boleh cari dekat Borang - Borang KWSP. Dekat situ ada tertulis apa yang diperlukan oleh anda. Lengkapkan Borang pengeluaran KWSP 9J (AHL) yang disediakan dan sahkan dokumen utama. Lepas tu baru serahkan dimana-mana cawangan KWSP yang terdekat.

Antara dokumen utama yang diperlukan;
1. Salinan Kad Pengenalan
2. Salinan Tawaran ke Jawatan Tetap
3. Salinan Pengesahan Jawatan
4. Salinan Skim Taraf Berpencen
5. Buku Bank atau Penyata Bank
*Pastikan dalam slip gaji tiada lagi potongan KWSP ..


Yang tak pernah semak penyata KWSP, kalau nak tengok, dah berapa banyak duit yang ada dalam akaun KWSP anda. Boleh semak penyata kwsp secara online melalui I-Akaun KWSP Semak Penyata Secara Online.


- Boleh jugak kalau nak Semakan Nombor Ahli KWSP Online disini.

Beli rumah impian tanpa modal



10 comments :

  1. dah lama keluarkan..hehee.. walaupon dalam slip gaji dah tak potong..sistem kwsp lambat pickup..so baki tu terpaksa dikeluarkan untuk kali ke2 :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni tunggu masa je nak pergi KWSP, tapi tak tahu bila .. =)

      Delete
  2. hahaha.. duit dalam akaun saya ciput sangat.hehhee..

    ReplyDelete
  3. akaun pertama ke akaun kedua yang boleh kita keluarkn duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. 45% dari jumlah besar (akaun 1 + akaun 2)...

      Delete
  4. baki 55% tu akan diberi masa pencen nnt....bkn nya dikembalikan kpd kerajaan....tp mgkin la k'jaan akan pinjam utk pelaburan....wallahu a'lam...

    ReplyDelete
  5. bape lama agaknya proses tu

    ReplyDelete