Benteras Wabak Denggi, Mana Pilihan Anda ?

Apa yang anda lakukan sekiranya ada Operasi Pencegahan Wabak Denggi dikawasan anda ? Mesti ada kan ! Nie aku bagi opsyen. Pilih la yang mana satu .. Macam hari ni, ada lagi operasi semburan asap oleh Majlis Pembandaran Kajang. Yang buat semburan tu cakap, ada beberapa kes dikawasan sekitar termasuk yang terbaru, satu kes kat bangunan sebelah. Jadi, semburan mungkin akan dilakukan beberapa kali lagi.


Benteras Wabak Denggi


A. Buka tingkap dan pintu luas-luas supaya semburan masuk dalam rumah.
B. Duduk dalam rumah, tutup tingkap pintu rapat-rapat
C. Keluar dari rumah dan duduk jauh dari asap semburan
D. Buat tak tau je.


Apa-apa pun pilihan, anda kena la buat dengan bijak. Nyamuk denggi memang merbahaya dan kesannya boleh membawa maut. Teringat Adik Khairul Fahmi Meninggal Dunia, Al-Fatihah kesan dari penyakit demam denggi ini.

- Jangan mengharap kepada Majlis Pembandaran dan Kementerian Kesihatan je .. penduduk setempat kena juga mainkan peranan untuk membasmi tempat pembiakan nyamuk denggi.


3 comments :

  1. bahaya kes denggi nie... memang mengundang maut!

    ReplyDelete
  2. Saya pilih "A" & "C"... dah banyak kali kawasan rumah di buat semburan.. dan tambahan dalam rumah pun memang sembuq sendiri tiap hari.... bahaya ooo

    kumanx.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. bau asap die xleh belah. so kene pilih 'C' =)

    ReplyDelete