OK bebalik kepada BE Nuffnang ni ? Apa yang korang buat bila dapat BE ? Hanya tengok dan biarkan begitu sahaja. Ataupun buat post mengenai BE tersebut dan berterima kasih kepada Nuffang. Dengan harapan .. esok lusa .. dapat BE lagi. Hahahaha .. yang mana satu yang korang pilih ? Buat post ke ? .. hehehe.. bukan korang je .. aku pun kekadang buat jugak. Dah orang bagi , kena la ucap Terima kasih Nuffnang .. kan .. kan ! .. hehehehe..
Sedih gak tadi bila aku tengok sorang blogger tu, publish gambar BE blognya. Dapat BE .. banyak, tapi hasilnya .. alahai .. sikitnya. Sepatutnya bila dapat BE Nuffnang. Nie la masanya nak buat duit, selagi kempen tersebut berjalan.
Sini aku cuba kongsikan 5 Tips Hebat Jana Pendapatan Dari BE Nuffnang. Sebelum tu nak bagi tau. Aku nie bukan pandai sangat. Ada kata aku nie Ratu SEO, tapi tak ok ! Aku hanya insan biasa saja .. ^__^
Sebelum tu, korang kena fahami dulu apa itu BE (CPUV Campaign)? Tak tahu .. cuba-cuba la search kat Google k. Tapi secara generalnya .. BE nie berkait rapat dengan trafik blog. Lagi tinggi trafik blog .. banyak la korang boleh dapat.
Tips yang selalu aku guna, antaranya ;
Tips 1- Selalu la semak Earning dekat Nuffang. Bila dapat BE .. cuba kerja lebih kuat sikit untuk pastikan trafik ke blog .. meningkat.
Tips 2 - Buat entry mengikut permintaan. Contohnya macam entry ini, Semak Keputusan Online Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) .. dipublish tahun 2011 dan sekarang tengah panas. Lepas tu .. aku upkan lagi trafik dengan entry ni Daftar Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 Online. Hampir sama .. tapi tak serupa. Opss .. ingat .. jangan copy paste entry ini .. Nak buat tu .. boleh tapi ambil point je dan buatkan mengikut gaya anda sendiri. Jadi la Blogger Berhemah dan jangan Guna Duit Dapat Trafik Cara Yang Hina
Tips 3 - Belajar tentang SEO, dan keyword yang selalu digunakan. Ini kena selalu praktikkan. Boleh guna Google Adwords kalau nak yang percuma. Baca entry nie kalau nak tahu lebih lanjut pasal Search Engine Optimization (SEO) | Kenapa saya suka sangat dengan benda nie!
Tips 4 - Boleh guna Cara Meningkatkan Trafik Blog dan 15 Cara Meningkatkan Trafik Blog ini.
Tips 5 - Ping entri dengan menggunakan khidmat Ping percuma seperi Pingler, Pingoat ataupun ping tempatan seperti busuk.org dan banyak lagi.
- Itu je pendapat dari aku yang tak seberapa ... ^__^


