Bajet 2013 : Pencen Minimum Pesara Kerajaan Naik Kepada RM820

Alhamdulilah, kadar pencen minimum bagi pesara kerajaan dinaikkan dari RM720 kepada RM820. Peningkatan RM100 dari sebelum ini. Mesti abah dan pesara-pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun .. suka dengan berita ini. Pelarasan pencen ini akan mengambil kira bayaran pencen bermula 1 Jan 2012 .


Bajet 2013 : Pencen Minimum Pesara Kerajaan Naik Kepada RM820


Setuju dengan kata-kata PM, Datuk Seri Najib Tun Razak "Kerajaan tidak akan lupa jasa pesara yang pernah mencurahkan khidmat bakti dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada negara." Ya .. tanpa pesara .. mungkin kenikmatan yang kita nikmati sekarang tak akan diperolehi.


Kadar kenaikan pencen ini akan dinikmati 50,371 pesara, termasuk penerima pencen terbitan, dengan peruntukan tambahan sebanyak RM60 juta setahun.

- Alhamdulillah ..


1 comment :

  1. dah sama mcm basis gred 17 tahun lepas dah pencen pesara..tapi bezanya pesara duk kt rumah je,yang bekerja tetap kena bekerja. kenapa untuk pesara ada kenaikan tetapi yang sedang berkhidmat tiada kenaikan?yang sedang berkhidmat dapat bonus, pesara tetap jgk dapat bonus..apapun tetap bersyukur dengan rezeki yang dapat..

    ReplyDelete