Hari Internet Blackout | Kempen Bantah Seksyen 114A

Aku tak tahu la samada korang tahu tak perihal seksyen 114A ni ! Tapi bagi aku yang merupakan salah sorang pengguna Internet. Seksyen 114A adalah salah satu akta yang dilihat .. sedikit sebanyak akan mengugat perihal kebebasan berinternet. Oleh yang demikian .. that why hari ini, 14 Ogos 2012, dikenali sebagai “Hari Internet Blackout”.



Bantah akta 114A



Apa itu “Hari Internet Blackout” ? Hari Internet Blackout atau Internet Blackout Day dalam bahasa orang putihnya .. adalah merupakan kempen yang dianjurkan oleh badan bebas untuk membantah akta baru ini yang mana dilihat mengancam kebebasan berInternet di Malaysia.



“Seksyen 114 A, boleh diguna pakai dalam kes jenayah dan juga sivil, mengandaikan bahawa pemilik, pengendali, hos, editor, pelanggan sesebuah rangkaian atau laman web, atau pemilik komputer atau peralatan mudah alih dianggap bertanggungjawab menyiarkan atau mengulangsiarkan isi kandungan yang terdapat pada rangkaian, laman web atau peralatan terbabit.”



Contohnya, seperti dalam situasi gambar dibawah ini.

Bantah akta 114A




Ataupun salah satu seperti situasi-situasi ini ? Antaranya sekiranya ada pihak yang menyalahguna perkhidmatan wifi  rumah korang, samada korang sedari atau tidak .. dibawah pindaan ini ... segala-galanya yang berlaku .. korang akan dipertanggungjawabkan.

Bantah akta 114A




Untuk lebih memahami mengena Bantahan Seksyen 114A, apa kata korang luangkan sedikit masa untuk menonton video dibawah ini:





- Untuk rujukan lanjut, baca Segalanya Berkaitan Hari Internet Blackout #Stop114A

3 comments :

  1. dari mula aku baca akta ni 2-3 bulan lepas..aku dah sedikit risau ...
    wifi kena blocked la guna password .... pastu tokey kedai kompom tak mo dah bg wifi free pas ni time mkn

    ReplyDelete
  2. sokong sesangat kempen ni
    undang2 menindas ni :)

    ReplyDelete