Sepetang Di Pantai Kuala Muda Mencari Kepah

Nie dia gambar² pemandangan yang aku ambil semasa aku lepak² kat pantai Kuala Muda, Pulau Pinang minggu lepas. Cantik kan?


Sepetang Di Pantai Kuala Muda Mencari Kepah



Adik cakap, sekarang musim mencari kepah.. memang betul pun! waktu aku sampai, penduduk tempatan kat situ siap cakap lain kali mai sini bawa timba.. boleh dapat kepah. Ramai orang datang bawa timba tau.



Sepetang Di Pantai Kuala Muda Mencari Kepah



''Pasir putih tepi pantai.. Ombak saling berkejaran.. kau lari aku mengejar.. diantara deru rindu.. kita berdua..'' cewahh! siap berangan berdangdut macam lagu Amelina dangdut tu..


Teringat aku kat kawasan pantai inilah pernah dilanda Tsunami 8 tahun yang lepas. Sekarang dah cantik dah kawasan nie.. bersih.. tengok lah ramai yang datang mandi manda..


Sepetang Di Pantai Kuala Muda Mencari Kepah

Sepetang Di Pantai Kuala Muda Mencari Kepah



Aku rasa lapang fikiran aku tengok air laut, ombak, tu.. boleh nampak puncak Gunung Jerai dari sini. Langit pun nampak biru. Lupa semua hal² lain.. MasyaAllah! indahnya ciptaan Allah S.W.T


Sepetang Di Pantai Kuala Muda Mencari Kepah



Dari sini, memang boleh nampak Pulau Pinang dengan jelas. Kalau datang waktu cuaca panas, lagi nampak dekat. Tau kan kenapa ? Kerana udara panas yang terhasil dipermukaan laut akibat pancaran matahari berfungsi sebagai kanta. Jadi pemandangan jauh akan nampak dekat. Kalau tak caya, cuba pula datang waktu berawan, petang atau hujan. Memang nampak jauh .. He He He ..


Sepetang Di Pantai Kuala Muda Mencari Kepah



- Sambil lepak tengok orang mencari kepah, tulis-tulis nama atas pasir .. ^__^

9 comments :

  1. best nye dapat manfaatkan aktiviti mcm ni,
    mcm sebelah pantai timur kiteorang suke cari etok dekat kg..memang meriah =)

    ReplyDelete
  2. best nye... tak pernah agi kutip kepah..

    ReplyDelete
  3. pantai kuala muda dekat pulau pinang ke, yang dekat Kuala Sg Muda tu? saya dulu membesar kat sana la.. KSM tu.. tahun ni raya tak pi sana pun.. :P

    ReplyDelete