Elianto Sale Raya Hingga 70 Peratus | Layak Free Sign Up Member Card

Sekarang nie Elianto tengah buat Sale sempena Hari Raya yang bakal menjelma tak lama lagi. Sale hingga 70% memang best lah. Lagi² pulak aku nie memang peminat setia Elianto memang ambil kesempatan lah grab beberapa produk kecantikan Elianto. Meh tengok apa yang aku beli time tengah sale nie dan harga produk selepas diskaun..


Elianto Sale Raya Hingga 70 Peratus


Memandangkan Elianto tengah sale giler² so aku pun beli lah mana² produk yang patut. Aku ambil BB Cream, Blusher dan Eye Shadow.



Elianto Sale Raya Hingga 70 Peratus
Elianto's Miracle Multiplex BB Cream

Elianto Miracle Multiplex BB Cream sangat ok dan serasi dengan kulit muka aku. Aku guna sebagai make up base dan foundation sebelum aku mekap muka aku. Pakai nie kulit muka kita tak kering sebab ia ada pelembap dan sun protection SPF 25 PA+. Berminyak ke? Oh! tak.. oil control lah.. Lagipun wangi tau sebab BB Cream nie diperkaya dengan Lavender Extract. Harga selepas diskaun 50% adalah cuma RM 29.50 berbanding harga asal adalah RM 59.00. So far, kulit muka aku pun serasi jer.. tak ada masalah timbul jerawat ke atau apa² alahan.


Elianto Sale Raya Hingga 70 Peratus
Elianto Baked Marble - S Blusher - Angle Pink



Warna blusher kegemaran aku pulak adalah Angle Pink code 01. Aku tak suka warna yang terang sangat kat pipi tapi guna blusher nie pipi aku nampak pinky² jer. Harga untuk Baked Marble-S Blusher nie adalah cuma RM 24.80 selepas diskaun 20%. Kalau tidak harga asal blusher nie adalah RM 31. Sebab tu lah aku terus grab satu walaupun yang ada tu tak habis pakai lagi. Bagi aku, berbaloi jugaklah beli blusher nie, tak mahal sangat dan kebiasaannya boleh tahan pakai sehingga 5 bulan.


Elianto Sale Raya Hingga 70 Peratus
Elianto's Pearl and Shine Shadow

Best pulak tengok Elianto Colour Studio Eye Shadow, punya lah banyak jenis pilihan tapi kali nie.. saja aku pilih Vibrant Shadow - Midnight Blue dan Pearl Shine Shadow - Light Lavender / Nile Green. Harga selepas diskaun 70% bagi Vibrant Shadow - Midnight Blue cuma RM 1.80 aje berbanding harga asal RM 6.00 dan Pearl Shine Shadow - Light Lavender / Nile Green cuma RM 2.40 berbanding sebelum nie harga dia RM 8.00. Raya nanti boleh melaram dengan colur² nie pulak sebab biasanya aku selalu guna yang jenis baked eyeshadow - Zebra Frosted Brown code 02.


Elianto Sale Raya Hingga 70 Peratus
Member Card sementara




Total keseluruhan yang aku telah bayar adalah RM 60.90 dan aku layak untuk dapat free sign up member card sebab aku beli produk melebihi RM 50. He! he! biasanya aku beli pun tak sampai RM 50 sebab tu tak dapat jadi member. Best lah lepas nie boleh aku collect points dan buat redemption. Lagi best bila ada untuk Birthdays Special - 30% off on normal priced items. Lepas isi member card form, cashier beri member card sementara dulu kat aku. Yang Original akan dihantar kemudian.

- Tak tahulah sampai bila sale Raya kat Elianto nie tapi yang pasti lepas nie tak payah tunggu sale nak beli produk Elianto, sebab dah ada member card.