Cermin Kereta Retak | Dr Cermin Boleh Bantu !

Minggu lepas, cermin kereta Myvi aku retak sikit kena batu jalan masa on the way nak pergi kerja. Nasib baik la retak sikit je .. saiz lebih kurang besar 5 sen. Kalau dibandingkan yang ni dengan yang berlaku kat 2 tahun yang lalu. Yang tu lagi parah ! Cermin retak memanjang. Mula-mula tu sikit je. Tapi lama-kelamaan, makin memanjang. Selepas dapat nasihat dari kedai The First DR. CERMIN ENTERPRISE di Cheras, mereka cadangkan supaya claim insuran je sebab dah teruk. Nasib baik la insuran kereta aku include dengan cermin kereta. Kalau tak .. terbang la beberapa ratus.


Pakar Cermin Kereta - Mengganti & membaiki cermin kereta


Kali ni pulak .. nasib baik hanya retak kecik je. Tapi tu pun aku tak nak tunggu lama-lama. Takut retak tu makin membesar macam dulu. Langsung tak boleh repair. Lagipun dah la minggu depan nak balik kampung. Risau pulak !


So, Sabtu lepas, aku pergi la repair kat kedai Dr Cermin. Kalau korang tengok gambar kat bawah ni .. macam ni la retak pada cermin kereta Myvi aku sebelum dan selepas.


Pakar Cermin Kereta - Mengganti & membaiki cermin kereta


Nie la kedai kereta The First DR. CERMIN ENTERPRISE di Cheras. Alamatnya, ada aku letak kat bawah. Kalau sesiapa nak dapatkan servis di sini, boleh la tengok alamat di bawah  ... ok !


Pakar Cermin Kereta - Mengganti & membaiki cermin kereta


Masa aku sampai tu, ada la beberapa kereta yang tengah dapatkan khidmat kedai Dr Cermin Kereta. Contohnya .. macam kes kat bawah ni, memang dah tahap tak boleh repair. Cermin kereta pecah dan retak tu terlampau besar sangat. So, nak tak nak. Kena la tukar jugak. Kalau tak, takut nanti akan membahayakan pemandu dan penumpang.


Pakar Cermin Kereta - Mengganti & membaiki cermin kereta


Gambar kat bawah ni pulak, pekerja kedai Dr Cermin tengah menggantikan cermin kereta yang rosak dengan cermin kereta yang baru.


Pakar Cermin Kereta - Mengganti & membaiki cermin kereta


Yang nie pulak, senarai syarikat insuran yang cover cermin kereta dan boleh digunakan di kedai kereta The First DR. CERMIN ENTERPRISE. Dari senarai tu, aku tengok sampai 19/4/2012 je. Nanti kalau korang nak apply insuran kereta. Cuba la la tanya kat syarikat insuran masing-masing k. Aku rasa memang boleh include masuk insuran cermin kereta sekali , cuma kena tambah sikit la .. He ! He ! He !


Pakar Cermin Kereta - Mengganti & membaiki cermin kereta


Yeaaa .. akhirnya retak pada cermin kereta dah tak ada dah. Tak la risau sangat kalau nak memandu balik kampung nanti.


Pakar Cermin Kereta - Mengganti & membaiki cermin kereta


No.19, Jalan TKC 1/1,
Taman Kota Cheras,
43200 Batu 9 1/2 Cheras, Selangor.
Isnin hingga Sabtu : 9:30am to 7pm
Ahad : 9:30am to 5:30pm


-  Nak balik kampung ni, lebih baik servis kereta dulu !