The Special Gift From The Heart | Tema Hantaran Perkahwinan

Hantaran perkahwinan ini adalah hantaran perkahwinan sepupu aku yang kahwin minggu lepas pada 7 Julai 2012 hari tu. Hari tu, aku ada share kan kat blog aku nie tentang Doorgift Perkahwinan dia yang bertemakan luahan cinta. Ini pula hantaran perkahwinan daripada sepupu aku kepada suaminya pula. Tema, The Special Gift From The Heart..


Gubahan Hantaran Perkahwinan Terkini
The Special Gift Form The Heart
Jumlah hantaran kesemuanya 8 bekas kepada pihak suami beliau. Hantaran² nie adalah gabungan idea pengantin sendiri dan sebagai simbolik bahawa semua hantaran yang diberikan merupakan apa yang menjadi persamaan kegemaran dan minat yang sama oleh mereka.




Gubahan Hantaran Perkahwinan Terkini
Bekas Cincin
Ini adalah bekas cincin untuk majlis batal air sembahyang drpd sepupu aku kepada suaminya. Siap ada lukisan tapak tangan. Idea yang best bagi korang yang ingin mencuba style gubahan perkahwinan seperti ini. Lain dari yang lain.. nampak seni dan sebenarnya ada maksud lain disebalik lukisan ini..


Gubahan Hantaran Perkahwinan Terkini
Cupcakes of  Roses
Aku nampak dari jauh mcm hiasan bunga ros. Bila datang dekat, cupcakes rupanya. Kenapa bunga ros? sebab 2-2 suka makan cupcake dan suka bunga ros. Jadi, kegemaran mereka berdua telah digabungkan menjadi satu.


Gubahan Hantaran Perkahwinan Terkini
Buku Sirah Dan Riwayat Hidup
Buku ini juga menjadi simbolik sebagai hobi dan kegemaran mereka berdua yang mempunyai minat yang sama iaitu suka membaca.


Gubahan Hantaran Perkahwinan Terkini
Kek dari Icing Sugar

Cantik! Mula² tertanya² juga apa benda nie..dan ini yang paling aku suka tengok. Sepupu aku tempah dari kawan dia. Katanya, diperbuat dari Icing Sugar. Kelass kan...


Gubahan Hantaran Perkahwinan Terkini

 Tak pasti apa isi didalam kotak comel nie..


Gubahan Hantaran Perkahwinan Terkini
Sirih Junjung

Kreatif.. Dan yang terakhir adalah sirih junjung yang dihias dalam sangkar. Tetapi Sirih junjung yang telah dimodenkan dan diinggeriskan.

- Buat simple² macam nie pun tetap cantik menarik, berseni dan ada kelass nya tersendiri.