Door Gift Perkahwinan | Luahan Cinta Yang Sangat Bermakna

Door gift yang menarik untuk para tetamu jemputan sememangnya menjadi sebahagian impian yang ingin diberikan oleh pasangan pengantin. Lagi² pulak door gift yang akan diberi adalah yang diilhamkan sendiri oleh pasangan pengantin.


Door Gift  Perkahwinan
Door gift yang menggunakan kotak Cupcake

Sabtu lepas 7 Julai 2012 aku dengan family aku pergi ke majlis pernikahan sepupu aku. Tak sangka lah kan sepupu aku nikah sama tarikh dengan penyanyi Rock Ella. Sebenarnya, aku kalau tiap kali pergi majlis kahwin orang mesti suka nak dapatkan door gift. Teruja pulak aku tengok pertama kali macam kotak cupcake.. apa isi kat dalam agaknya? Tak mungkin Cupcake..



Door Gift  Perkahwinan


Bila balik rumah, terus buka ikatan tali kotak tu.. rupa²nya dalam kotak nie ada Butter Cake, Fridge Magnetic dan coklat.


Door Gift  Perkahwinan
Zoom lagi isi² dalam kotak cupcake nie


Door Gift  Perkahwinan
Art From The Heart

Art From The Heart nie adalah fridge magnetic yang dilekatkan dengan lukisan seni dari pelukis terkenal. Dari sepupu aku dia pilih lukisan yang bertajuk The Curls Define Her dan dari suaminya pula telah memilih lukisan yang bertajuk Phoenix Bangkit Dari Abu. Bila aku tengok maksud kata² yang tersirat disebalik lukisan ini aku tau ia sangat bemakna bagi kedua² mempelai.


Door Gift  Perkahwinan



Door Gift  Perkahwinan
3 keping coklat bermakna I Love You lah kan..






Dalam kertas nie ada 3 keping coklat kecil. Dibungkus kemas bersama dengan kertas yang dicetak dengan ayat² cinta. Semuanya ada maksud terjemahan sendiri.


Door Gift  Perkahwinan


Beginilah cara mereka meluahkan maksud tersirat cinta mereka melalui kata² penulisan dari penulis² puisi terkenal didunia. Sangat bermakna bagi mereka dan aku juga bole merasai apa yang mereka rasa mengenai cinta antara satu sama lain dan paling penting cinta kepada Yang Maha Esa.


Door Gift  Perkahwinan

Sebelum balik, sempat juga ambil gambar dengan sepupu aku bersama² suaminya. Didoakan semoga ikatan pernikahan ini kekal bahagia hingga ke akhir hayat.