Akhirnya Burung Puyuh Goreng Berempah Dapat Juga Jadi Hidangan Berbuka Puasa

As Salam. Ini lah Burung Puyuh Berempah yang aku order hari tu. Tapi aku dapat beli yang siap diperap dengan rempah ratusnya sekali. Saja ambik sebungkus yang dah siap diperap sebab balik rumah terus boleh goreng. ye lah.. jalan sesak tiap kali balik kerja. Tak banyak masa nak sediakan perapan sendiri. Yang belum diperap tu, aku perap sendiri je lah time hari sabtu tak kerja.




Dapat call dari staff yang jual burung puyuh nie suruh datang sendiri kat tempat jualan Kementerian kitaorng kerja. Rupa²nya adik dia datang menjual kat situ. Pukul 12.15 tgh hari, aku turun berjemaah dengan officemate aku pergi kat jualan sebab takut nanti orang ramai pulak. he! he! Sampai kat situ, aku terus nampak burung puyuh dah siap bungkus.. terus minta sebungkus dah diperap dan sebungkus lagi belum diperap. Bukan aje dia jual burung puyuh siap proses, burung puyuh yang siap diperap.. tapi ada juga ayam berempah dengan ayam penyet sekali.


Burung Puyuh yang siap diperap dengan rempah ratus


Harga sebungkus burung puyuh tanpa perapan adalah RM 10.00 dan sebungkus burung puyuh yang siap diperap pula adalah RM 12.00. Setiap bungkus ada 3 ekor. Tapi harga ayam berempah dengan ayam penyet tu aku terlupa nak tanya harga.. he!he! sebab fikiran aku dah fokus kat burung puyuh tu jer..


yeah! kita goreng baring burung puyuh nie..


yang nie kita tonggengkan dia.. baru dia masak sekata luar dan dalam..

Cara menggoreng burung puyuh nie, aku goreng dengan api sederhana. Sambil² tu balik²kan burung puyuh supaya yang bahagian dalam pun masak juga dan tak hangit.

Burung Puyuh Goreng Berempah dengan Sambal Cicah Pedas siap dihidangkan

Tadaaa!! dah siap dihidang untuk berbuka puasa. sedap ooo! Rasa isi burung puyuh nie manis.. Memang terbaik dari ladang! Tak kisahlah isi burung puyuh nie sikit ke .. apa ke.. tapi sebab sedap sangat.. tak perasan pun semua tu..seekor aku makan dengan nasi dan seekor lagi tu aku ratah aje.. pergh!! try lah korang!!

- Lepas nie nak try masak sup burung puyuh pulak. Nie pun tengah google resepi nak masak sup. Kebaikan sup burung puyuh pun ada iaitu bagus utk merawat sesiapa yang ada asthma atau lelah.

7 comments :

  1. burung puyuh ni walau kecil tinggi kolesterol , jaga2.....

    ReplyDelete
  2. suka yang garing2...tulang semua hilang. haha..erk, tapi masak sup sedap ke? tak penah plak rase lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap goreng garing².. tu lah saya pun nak try camna rasa buat sup.. ('',)

      Delete
  3. Wah sedapnyer.. skrang payah dah nak cari puyuh goreng kan..

    ReplyDelete
  4. waduhhhhh sedapnyerrr ada dijual secara online tak.. rasa mcm nak beliiii je ni hehehe

    ReplyDelete