Lagi best bila Along nak belanja makan pada sebelah malamnya. Bukan apa, Along nak sambut Hari Lahir Abah kitaorang sekaligus sempena Hari Bapa. Tempat makan nie memang best. Kat mana tu? Yang tu boleh usar kat bawah sekali k.
Kat sini .. macam² ada.. mee udang banjir (Nak udang bela ke.. atau nak udang laut?), Mee Ketam ada.. Ikan Bakaq Power pun ada... Order.. Order.. Order...
Ini pula staff D'King Seafood yang ambik order.. malam tu.. kami sepakat nak makan nasi berlauk. So, staff nie cadangkan beberapa lauk popular kat D'King Seafood nie untuk hidangan keluarga kami.
Malam tu.. Along memang nampak handsome walaupun botak. He! He! (sebab dia belanja makan haruslah bodek lebih² sikit..)
Dekat setengah jam juga menunggu hidangan sampai ke meja makan kami. Inilah antara lauk pauk yang kami order tu. Sayur Kangkung Goreng Belacan dengan Telur Dadar. Boleh tahan bila mengunyah Sayur Kangkung Goreng nie rangup.. tak lecur pun..
Sayur Goreng Kailan Ikan Masin pun digoreng fresh dan rangup juga. Kuah sayur nie pun tak masin sangat.
Ikan Jenahak Bakar.. fresh lagi! Isi ikan nie manis betul.. dicicah pula dengan air asam. Masyaallah, 'Sedap Tak Dak Dah!''
Yang ini Ikan Jenahak Masak 6 Rasa. Aku dapat rasa dalam masakan nie ada manis, masam, pedas..
Nie pula Sotong Goreng masak apa ntah la.. bila makan ada rasa sikit manis. Sotong fresh.. manis betul! Bila kunyah sotong nie terasa kenyal² jer..Kuah dia pun sedap.
Udang Sambal Warisan.. Menu yang paling aku suka sebab dia punyer kuah sambal udang nie sedap sangat. rasa pekat likat.. ada campuran pelbagai sos, telur dan pedas sikit. Dan aku tak bau langsung pun hanyir telur dalam masakan sambal udang nie.
Makanan dah terhidang. Sebelum makan elok baca doa makan dulu. 3 orang budak comel baca doa makan siap dengan terjemahan doa dalam ² versi lagi ..
Ini lah Ikan Bakar Power Corner kat D'King Seafood Restaurant. Ada macam² ikan untuk para pelanggan pilih. Yang pasti Semua jenis ikan memang fresh² belaka.
Untuk pengetahuan korang, rupa rupanya kat pintu masuk depan D'king Seafood Restaurant nie ada disediakan perkhidmatan kerusi roda juga untuk golongan warga emas atau Orang Kurang Upaya (OKU). Tapi aku tak pasti samaada ini FOC atau perlu disewa.
Insyaallah lain kali balik Sungai Petani aku nak try pekena Mee Banjir Udang (laut) pula. Ibu abah aku kata Mee Banjir dia sedap sungguh.
GPS : 5.613242,100.47293













dik, tolong share gps koordinat
ReplyDeleteSaya dah letak GPS koordinat dekat alamat restoran tersebut .. ^__^
Deletemekacih. kalau g kedah harus sy mencuba sekeluarga
DeleteBest la pakat makan satu family.... ade rezeki teringin nak makan sama2x ngan tuan punya blog nie.... ( betui ni tau )
ReplyDeleteini seafood mai dari kuala muda ni ...best ni
ReplyDeleteDekat dengan laut .. tu yang fresh2 ..
Deletealahai..lapar rasanya..
ReplyDeleteWah sedapnyer...
ReplyDeletelama dah x mkn seafood...terliur !
ReplyDeletememang nampak sedap la sambal udang tue...
ReplyDeletenampak sedap
ReplyDeletemak aih..jadi lapar nengok nyer.. :P
ReplyDeletesedpnye
ReplyDeleteAiseyman, sedap gak makanan kat sini ni bila tengok gambar. Jika makan ntahlah.. mesti lebih sedap dengan kuah2 tu. Lol.
ReplyDeletememang banyak org rekomen p situ... kalau amik exit Sungai Petani Selatan.. lepas tu amik left kat traffic light dekat Giant tu pastu tengok kanan memang tak miss lah..dah banyak kali lalu tapi tak pernah singgah pun ahhaha
ReplyDelete