Petua Mengukuhkan Ikatan Kekeluargaan | Makan Nasi Dari Beras Nasi Yang Dimakan Itik

As Salam. Biasa tak korang dengar pasal petua beri minum air rendaman tali pusat terutamanya kat budak² kecil? Bukan apa, esok² nanti kalau dah besar bila gaduh atau berlaku selisih faham macam mana pun .. sesama adik beradik tak akan berpecah belah dalam sesebuah keluarga.


petua kukuhkan perhubungan


Macam tu jugalah menurut ibu aku, waktu kami kecik² dulu.. pun turut minum air rendaman tali pusat nie. Tapi ada lagi satu petua rupa-rupanya yang mak aku kongsikan dengan aku untuk hal yang sama. Iaitu, beri makan nasi yang mana beras nasi tu adalah dari yang itik makan. Macam mana tu?


Mula² aku dengar pasal petua nie memang terkejut betul. Iya ke? Tapi bila dah dengar apa yang mak explained dan based on their experience tu logik jugak lah. So, aku pun minta mak ceritakan mcm mana nak buat nasi itik tu. Dan kat sini aku kongsikan kat korang pembaca sekelian yer ..


Begini .. ambil sedikit beras nasi dan rendam seketika. Lepas tu, tos kan beras tadi dan beri pada itik makan. Tapi sebelum nak beri kat itik yang korang pilih untuk makan beras nasi tu, korang kena bagi ia puasa dulu. Lepas itik tu makan jer beras nasi tu, bolehlah terus sembelih itik tu. Nanti ambil beras yang itik tu makan tadi kat bahagian tembolok itik dan basuhlah bersih² beras nasi tadi.


petua lama kukuhkan perhubungan


Beras nasi yang dah dibasuh bersih² tadi tu campurlah pada beras nasi yang hendak dimasak. Baca lah Bismillahirrahmanirrahim dan selawat kepada Nabi Muhammad SAW. Niat lah yang baik² untuk anak² tuan² dan puan² yer..


Pasal itik yang dah kena sembelih tadi tu, masak lah sup itik. Lepas tu, hidangkan bersama dengan nasi dan makanlah sekeluarga. Insyaallah, hubungan sesama adik beradik tak akan pincang.


Tapi, apa kena mengena dengan itik? Menurut apa yang mak aku ceritakan pasal itik nie, cuba tengok pada sikap itik tu. Kalau bergerak ke mana² mesti dalam berkumpulan. Tak berpecah kan? Lebih kurang macam tu lah. Aku nak terangkan lebih² pun aku sendiri tak pandai. Korang fikir lah sendiri .. ^__^


Apa pun, bukan nasi dari beras yang itik makan kan .. itu cuma petua dan amalan orang tua² dahulu. Tapi, doa yang tak putus² kepada Allah SWT dan izin-Nya juga mudah mudahan anak² yang kita kasihi itu kelak menjadi anak yang soleh atau solehah. Insyaallah.

12 comments :

  1. Cara ini tidak baik diamalkan dan disampaikan dlm blog.... ada lagi cara yg baik dan bersih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya rasa orang sekarang pun tak ikut atau tak buat dah petua nie.. Kalau orang tua dulu² memang mereka buat..

      Sebab tu kat perenggan akhir saya ada taipkan ini cuma petua, Yang penting doa ibu bapa untuk anak².. mohon kpd Allah..betul tak?

      Delete
  2. Replies
    1. ya.. apapun ini cuma petua saja yg org tua dulu² pernah buat. Tak payah ambil pusing sangat yer..

      Delete
  3. salam..
    erkk..
    tak pernah dengar lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam

      saya pun 1st time tahu.. itu pun sebab Mak bela itik telur.. tu yang Mak story tu..

      Delete
  4. atleast saya tahu sesuatu hari ini. :-)

    ReplyDelete
  5. laaaa baru tahu ade petua camnie..
    pelik betul

    btw dah follow sini

    ReplyDelete
  6. Pelik gak petua ni. Tapi memang betul apa dikata, doa itu yang penting.

    ReplyDelete
  7. first time dengar... erkkk, ngeri lah... xsanggup buat.. apepun, thanks for the info.. yg penting amalkan selalu doa rabitah & niatkan moga hubungan adik-beradik aman damai tenteram dan takde selisih faham.ameen..... moga Allah mengkabulkan...ameen

    ReplyDelete
  8. better something than nothing..hehe

    ReplyDelete