Menaiki Kereta Api Kabel Bukit Bendera

Sebenarnya aku dah banyak kali planned nak naik Bukit Bendera. Tiap kali balik ke Kedah, asal plan je tak jadi .. asyik tak sempat je. Tapi kali nie, tak plan apa² pun tapi akhirnya aku dapat juga tunaikan hajat aku nak pergi Bukit Bendera.


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera


Bagi orang² Penang memang depa kata, kat atas Bukit Bendera tu ada apa ? Biasa je ! Tapi tu bagi mereka kan ! Bagi aku pulak ... memang teringin sangat nak merasa naik Bukit Bendera dan melihat pesekitaran Pulau Pinang dari atas sana. Huhuhu .. mesti best !



Tahun lepas, dah pernah sampai kat kawasan Bukit Bendera tapi malangnya, waktu tu terpaksa ditutup atas sebab² penyelenggaraan semula kereta api kabel. Memang rasa kecewa betul masa tu. Bayangkan lah masa tu aku dah imagine macam mana la rupa kereta api kabel baru dan tempat² kat atas Bukit Bendera tu. Mesti dah berubah wajah ..


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera


Masa nak pergi tu, kitaorang decided nak ikut Jambatan Pulau Pinang sebab lebih cepat berbanding Feri yang kena tunggu giliran. Bukan apa, takut lah nanti tiket nak naik kereta api kabel dah habis awal pula. Dari atas jambatan, kitaorang terus tuju ke George Town dulu.


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera


Kemudian, kitaorang ambil jalan nak ke Jalan Masjid Negeri dan Air Hitam. Senang je nak cari jalan pi Bukit Bendera. Lepas tu terus nampak ada signboard ke Bukit Bendera. Ikut je signboard tu.. tak sesat pun. Perjalanan dari Jambatan Pulau Pinang ke Bukit Bendera ambil masa lebih kurang dalam 25 minit.


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera


Bila dah sampai kat perkarangan Bukit Bendera, cepat² beratur beli tiket nak naik kereta api kabel. Harga tiket Bukit Bendera pergi balik bagi dewasa adalah RM8 dan bagi kanak² kategori 3-12 tahun, harga tiket untk pergi balik adalah RM4. Atau boleh guna pakej keluarga bagi 2 dewasa dan 2 kanak² pergi dan balik, harga tiket adalah sebanyak RM 18.


Lagi satu, masa nak beli tu, korang kena tunjuk Mykad untuk pengesahan warganegara Malaysia. Kalau tak .. kena bayar ikut harga tiket untuk warga negara asing.


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera

Klinik kesihatan dan balai polis pun ada kat atas Bukit Bendera ni ..


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera


Harga Kereta Api Kabel Bukit Bendera



- Bagi yang nak bercuti di Bukit Bendera ni, dapat gaji ni .. boleh la plan ye .. ^__^

3 comments :

  1. hari tu masa saya pergi sana, ramai sangat beratur..tapi sebab teringin punya pasal, gigih beratur lama-lama..

    ReplyDelete
  2. tak pernah lagi ke bukit bendera apatah lagi penang. Argh! lain kali akan pergi.. masuk dalam bucketlist.

    ReplyDelete