Produk Disney Barbie Untuk Birthday Girl

As salam. Tiap kali cuti sekolah bukan aje ada banyak kenduri kahwin kena pergi, tapi ada juga orang jemput birthday party. Biasanya birthday party budak² la kan.. Bagi aku paling senang nak bagi hadiah terutama kat budak perempuan adalah produk Disney Barbie.  Al maklum lah.. Barbie memang sinonim dengan budak perempuan kan..


Produk Disney Barbie Untuk Birthday Girl


Sebelum beli kena tau dulu umur dan apa yang sesuai dengan birthday girl. Macam aku suka beli something produk yang boleh digunakan selalu oleh budak tersebut.


Produk Disney Barbie Untuk Birthday Girl


Ini stationery set Disney Barbie memang sesuai kalau birthday girl dah bersekolah. Tak rugi pun kalau beli dan tentu mereka akan gembira dan rasa bersemangat nak buat kerja sekolah. Cantik pun cantik.. pink colour lagi..


Produk Disney Barbie Untuk Birthday Girl


Produk Disney Barbie memang banyak pilihan. Semuanya cantik² .. nak pink ke.. purple ke.. haish! rambang mata juga nak pilih yang mana satu nie...


Produk Disney Barbie Untuk Birthday Girl


Yang nie pulak untuk mengisi segala kelengkapan alat tulis.. dan tak semestinya untuk isi alat tulis, buat sebagai beg menyimpan aksesori atau bawa keluar bersantai pun boleh juga. Kalau nak bagi yang nie aje pun ok juga.


Produk Disney Barbie Untuk Birthday Girl


Simple dan nice pink colour. Juga ada banyak pilihan untuk dipilih.


Produk Disney Barbie Untuk Birthday Girl


Yang nie pun ok juga kalau nak bagi birthday girl. Boleh buat bekas air pergi tadika atau sekolah rendah. Kalau isi air mineral pun aku rasa budak tu akan cakap sedap je macam minum air manis sebab bekas air nie cantik. Bagus kan! secara tak langsung sebenarnya kita menggalakkan juga budak bawa air dari rumah sebab memang terjamin bersih dan selamat.


Semua produk Disney Barbie mudah dicari di mana² Parkson Ria. Mudah bagi aku tiap kali ada birthday girl nak celebrate birthday, memang Disney Barbie jadi pilihan. Tak perlu nak pening² kepala fikir hadiah sebab kebanyakan budak perempuan memang suka Barbie.


- Untunglah budak² zaman sekarang nie, dapat hadiah pun Barbie.. Cuba bagi yang biasa² ajer..

6 comments :

  1. bestnye dapat hadiah suwit mcm tuu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan budak je suka .. mak budak pun suka jugak .... ^__^

      Delete
  2. alooo comelnyer.. kalau dah barbie mesti semuanya pink..

    ReplyDelete
  3. comelnyaaaaa...sebab semuanya PINk hehe..

    ReplyDelete