ETS Train | Keretapi Laju Gold atau Silver?

Sekarang nak pergi Ipoh tak payah naik bas ekspres lagi. Sebab aku lebih suka guna ETS - Train (Electric Train Service). Bukan apa, so far aku naik train nie.. lebih cepat, selamat, tiba tepat pada waktunya dan paling penting selesa. Train yang aku pernah naik adalah dari kategori Gold dan Silver.


ETS Train KL Sentral - Ipoh



Kalau naik yang Gold train, harga tiket adalah RM 35 dari KL Sentral - Ipoh berbanding yang Silver train harganya RM 25. Waktu perjalanan ikut Gold train cepat sikit dari yang Silver train iaitu kira² dalam 2 jam 20 minit sebab Gold train nie berhenti kat stesen² tertentu sahaja.


ETS - Train coach atau gerabak nie agak luas juga terutamanya jarak kerusi kita dengan kerusi depan. Tak ada masalah, kerusi tu boleh diselaraskan ke belakang, rasa selesa la.. Sambil tu boleh layan tayangan English Movie. Tu kat dinding train sebelah atas ada diletakkan ETS Route KL - Ipoh - KL.


ETS Train KL Sentral - Ipoh




Kat skrin tv LED tu pun ada dipaparkan jelas berapa kelajuan train ini bergerak. Kelajuan yang dapat aku snap mula² 125 kmh.. dan paling laju 160 kmh. Tapi kalau dah syok layan movie tu, tak sedar dan tak perasan pun berapa laju train sedang bergerak. Tau² aje.. dah nak sampai Ipoh.


ETS Train KL Sentral - Ipoh



Ini lah kaunter tiket ETS - Train kat Stesen Keretapi Ipoh. Time aku sampai nie, aku ingat nak beli terus tiket untuk balik ke KL tapi kaunter dah tutup. Silap betul tak minta Along belikan sebelum tu..


ETS Train KL Sentral - Ipoh



Aku nasihatkan korang bila dah sampai kat Ipoh, sila beli terus tiket untuk balik. Kalau tak, melepas lah korang! Cepat betul tiket sold out! Kalau dapat last train kira ok lagi lah kan.. tapi kalau habis terus.. tak dapek lah den nak nolong.. he! he! So, nak tahu lebih lanjut lagi pasal ETS - Train nie, boleh lah klik ets-train.com.my.


- Kalau korang yang belum pernah guna ETS - Train nie, cubalah ye! Terbaik!

8 comments :

  1. lama sungguh x naik kereta api
    menarik boleh cuba ni :)

    ReplyDelete
  2. Selalu gold dan silver sama ajer masa lambat 2 jam 30 minit...dah try 4 hari berulamg ipoh kl mmg masa 2 jam 30 minit..sampai kl ets jadi slow

    ReplyDelete
  3. pernah sekali naik train nie ke ipoh, mmg memuaskan, pjlnan smooth... siap ada pelayan ala2 pramugari/ra..hehe

    ReplyDelete
  4. Waah! Servis baru ke ni? Maklumler dah lama tak naik train. :)

    ReplyDelete
  5. tengah survey nak naik ETS...thanks for info...

    ReplyDelete
  6. ggod info.. baru 1st time nk naik ets..

    ReplyDelete
  7. Ingt nk try lah pi kl dri ipoh.....sbb x pernah naik lg.....

    ReplyDelete