Rizal Ashram & Fasha Sandha Sah Bergelar Suami Isteri

As salam, sebentar tadi, lebih kurang jam 9.45 malam, berlangsungnya majlis pernikahan antara pelakon, Fasha Sandha,28, dan juga Toh Muda Rizal Ashram Ramli,36, atau lebih dikenali sebagai Jejai, di tingkat 30, Windows on KL, crown Plaza Mutiara, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.


Jejai Fasha Sandha majlis pernikahan



Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Mohd Sahirman Ahmad dengan berwalikan bapa Fasha Sandha, Hassan Moaideen dengan mas kahwin sebanyak RM 8, 888.88.


Dengar khabarnya, majlis akad nikah ini dilakukan dengan dua kali lafaz. Mungkin gementar kot. Maklum la, perkahwinan kali ke dua .. hehehe ..


Jejai Fasha Sandha majlis pernikahan



Jejai Fasha Sandha majlis pernikahan



Majlis ini turut dihadiri lebih 300 tetamu selain kehadiran ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan juga beberapa orang selebriti lain seperti Isma AF, Faradhiya, Tomok, Rebecca Nur Islam dan suami serta Nor Aliah Lee.


Jejai Fasha Sandha majlis pernikahan



Jejai Fasha Sandha majlis pernikahan



Dalam majlis ini, pihak pengantin lelaki telah menyerahkan tujuh dulang hantaran, dan dibalas dengan sembilan dulang oleh pihak perempuan membalas.


- Semoga bahagia hingga akhir hayat .. ^__^

7 comments :

  1. salam..
    TAHNIAH buat kedua mempelai..
    semoga berbahagia hingga hujung
    nyawa..


    www.zulkbo.com

    ReplyDelete
  2. Tahniah...kenapa buat di hotel?

    ReplyDelete
  3. assalam, semoga berbahagia sampai ke hujung nyawa....

    ReplyDelete
  4. semoga dengan berkat kawin ni takde lagi kontroversi dari fasha. tahniah.

    ReplyDelete
  5. smoga dipanjangkn jodoh hingga ke anak cucu kepada kedua mempelai :)

    ReplyDelete
  6. yup.. all the best... may both be aware of the sensibilities of it... especially fasha... congrats again..

    ReplyDelete
  7. Dengar lafaz akad nikah pertama, Jejai terlupa sebut 88sen.

    ReplyDelete