Nama Proton PREVE adalah membawa maksud, membukti kepada dunia bahawa Proton mampu mengeluar kereta yang memenuhi spesifikasi ketat global.
Menjadi pembuat kereta global dengan penampilan global, pemikiran global dan yang paling nyata, memerlukan nama yang menunjukkan tahap syarikat pada hari ini dan ke mana arah tujunya di peringkat dunia. Oleh itu, Proton memilih nama PREVE, yang juga untuk mengetengahkan syarikat itu setelah 27 tahun berada dalam industri automotif
PREVE diyakini mampu menjana margin keuntungan Proton yang lebih tingi dengan julat harga antara RM62,000-RM75,000, bergantung kepada versi. PREVE yang dijadual akan dilancarkan pada bulan ini oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, direka untuk memberi keutamaan kepada gaya kereta terkini bagi menarik pengguna global manakala model-model sebelumnya, lebih disesuaikan untuk persekitaran domestik.
Proton yakin PREVE, akan terbukti menarik pembeli luar negara, dan untuk itu Proton sedang menguji kereta itu untuk jualan di Asia Tenggara, Australia dan Timur Tengah.
Proton memberi perhatian terhadap ciri-ciri keselamatan, termasuk mengukuhkan badan kereta, kelajuan dan penggunaan minyak, aksesori, selain sistem pengendalian, dalam membangunkan kereta global.
- PREVE .. cantik sikit dari P3-21A
Sumber : BERNAMA

