SBPA Batal Guna SSM Kenaikan Gaji 13 Peratus

As salam, patut la rasa pelik tadi bila ramai yang mencari pasal kenaikan gaji kakitangan awam. Rupa²nya ada berita baru pasal SBPA. Dari sumber berita yang baru je aku terima. SBPA dibatalkan dan penerusan skim SSM tapi ada penambahbaikan dari segi kenaikan gaji, dalam 13 peratus.


Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam Dibatalkan


Baca seterusnya untuk mengetahui mengenai pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) ini.


Maklumat Penting Pembatalan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA)


1. SBPA – Dibatalkan kembali kepada SSM yang ditambah baik


2. Penubuhan Suruhanjaya – Mengkaji Perkhidmatan Awam Malaysia Saraan dan rekabentuk masa depan sector awam

3. Pelarasan gaji berdasarkan Matriks SSM ikut gred sebanyak;
- 13% untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 1-54)
- 9% untuk Gred Utama dan Khas C, B, A
- 8% untuk Turus III dan II
- 7% untuk Turus I dan Ketua Setiausaha Negara (KSN)


4. Ubah Matriks kepada minimum dan maksimum – Gred 1-54.


5. Gaji minimum-maksimum dengan kadar kenaikan RM80-RM320 bagi Gred 1-54 manakala gred bagi Jusa kekal mengikut kenaikan tahunan SSM.


6. Jusa ke atas kekal SSM pelarasan ikut peratusan.


7. Elaun Bantuan Sara Hidup (COLA) kawasan B dinaikkan 200 ke 250 sebulan, Kawasan C 100 ke 150.


8. Insentif Perkhidmatan kritikal, Wilayah, Pedalaman, Subjek Pendidikan dikekalkan ikut peraturan sedia ada


9. Guru – Kekal keputusan kemajuan kerjaya – time base


- SBPA dibatalkan , so opsyen 60 tahun tu macam mana ye ? Batal jugak kot !