Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 ini adalah untuk Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran bagi sesi Jun 2012, untuk Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DGA 29, DGA 32 (KUP time based), DG 41, DG 44 (KUP time based) dan DG 48 (KUP time based) sahaja.
Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 ini akan mula dikeluarkan mulai 19 Mei 2012 dan maklumat penempatan guru-guru ke sekolah, boleh mula disemak di e-GTukar dimulai 26 Mei 2012.
Sekiranya semasa proses permohonan pertukaran guru, terdapat sebarang pindaan yang perlu dibuat, pemohon dikehendaki untuk menghubungi pegawai unit Menengah / Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri yang berdekatan dengan kadar segera sebelum sesi pertukaran bermula.
Selain itu, bagi guru-guru yang menghadapi masalah untuk membuat permohonan menggunakan e-GTukar, sila hubungi Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing untuk mendapatkan bantuan.
Bagi guru DG44 yang ingin memohon pertukaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG), Institut Aminuddin Baki (IAB) dan Kolej Matrikulasi, sila dapatkan maklumat lanjut di SINI. Untuk makluman pemohon, hanya guru peringkat menengah sahaja yang layak untuk memohon pertukaran ke Kolej Matrikulasi.
- Semoga berjaya kepada guru-guru yang membuat Permohonan Pertukaran Guru Sesi Jun 2012 melalui EG Tukar Online ini .. ^__^


hmm menarik system ni, sesuai untuk guru yang nak balik ke kampung halaman :)
ReplyDeleteBukan setakat menarik, malah senang nak akses dan berurusan dengan Kementerian Pelanjaran Malaysia berkenaan proses pertukaran guru-guru. Selain itu, sistem ini juga menjimat masa dan wang berbanding proses manual yg dilakukan suatu ketika dulu ... ^__^
DeleteThanks for the info
ReplyDeletewelcome .. ^__^
Deletecam ade pengalaman je dia tu//
ReplyDeletePengalaman jadi Cikgu tadika ada la .. ^__^
Deleteleh blk kg halaman ni...
ReplyDeleteKalau permohanan diluluskan, insya Allah .. ^__^
Deletesanga bagus pertukaran guru denagn sistem seperti ini, bisa untuk mencegah terjadinya main sogok
ReplyDeleteBetul tu .. ^__^
DeleteSekurang2nya cikgu cikgi ada perubahan baru..
ReplyDeleteBetul tu, sistem ni banyak senangkan guru, kalau tak, guru-guru nak kena minta cuti utk berurusan dan sebagainya ..
Delete