Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah

As salam, Misteri Fenomena Air Laut Merah Di Sabah ! Sebenarnya tak la misteri mana pun. Ianya adalah fenomena biasa yang selalu berlaku di persisiran pantai, muara sungai dan laut. Fenomena ini berlaku apabila kepekatan besar mikroorganisma akuatik meningkat secara mendadak dan dikenali sebagai algal bloom.


Fenomena Air Laut Merah Di Sabah 2012


Oleh it, untuk mengelakkan keadaan panik dikalangan penduduk tempatan, Jabatan Perikanan Sabah telah memaklumkan bahawa kejadian Air Laut Merah atau lebih dikenali sebagai Red Tied, akan melanda di sekitar kawasan Perairan Pantai Kota Kinabalu Sabah. Antara kawasan² yang terlibat, antaranya, di Perairan Laut Pulau Gaya, Teluk Sepanggar, Persisiran Pantai Likas, Yayasan Sabah dan beberapa lokasi berhampiran.


Sehubungan itu, Jabatan Perikanan Sabah menasihatkan kepada semua penduduk sekitar supaya tidak memakan makanan laut seperti jenis kerang dan ikan-ikan, kerana dikhuatiri dicemari alga merbahaya.


Fenomena Air Laut Merah Di Sabah 2012


Walaubagaimanapun, makanan laut dari seperti ketam, udang dan sotong adalah selamat dimakan dengan syarat insang dan organ dalaman, perlu dibuang terlebih dahulu dan dicuci sehingga bersih sebelum dimasak.


Kesan selepas memakan kerang beracun dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan mangsa berasa mual dan boleh membawa kelumpuhan pada otot dada dan perut. Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh dua jam, mangsa mungkin akan menemui ajal.


- Nak tahu lebih lanjut berkenaan Fenomena Air Laut Merah ni, boleh baca di Wikipedia - Red tide

42 comments :

  1. Replies
    1. Emm...ada effect tk klu mkn rumpai laut?

      Delete
    2. Rumpai laut tak ada effect , cuma perlu basuh dgn bersih sebelum digunakan.

      Delete
  2. UH.. menakutkan..

    http://naziman.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yg tak tahu pasal fenomena ni, memang nampak menakutkan. Sekai pandang, nampak mcm darah .. Tentu la takut ... ^__^

      Delete
  3. selagi tak bahaya tak apa kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahaya jugak, kalau boleh, jangan la berenang time2 nie. Takut lain pulak yg jadinya.

      Delete
  4. makin banyak dah fenomena alam yg pelik2
    apakah petanda semua ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fenomena laut merah ni dah biasa dah, cuma ramai je yg tak tahu pasal ni ..

      Delete
  5. hmm kenapa nampak mcm pasir ke? or memang nampak macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda tu halus, tu yg nampak mcm pasir ..

      Delete
  6. ini bukan fenomena pelik. saya student sains marine(laut), benda ni tiap2 tahun ada :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, tadi search kat Google. Fenomena laut merah ni memang banyak berlaku diseluruh negara.

      Delete
  7. maybe 1st time berlaku kat sabah.tu yg heboh je..nasib eca xde kat KK skrg..klu x,diam2 je lah xleh makan ikan..hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, KK kan terkenal dengan makanan laut yg best2. Hari tu pergi makan dekat pasar malam, dekat dgn pasar filipine .. tengok ikan bakar ... berselera sungguh nak makan. Sedap2 pulak tu ... ^__^

      Delete
    2. pasar philiphine??????

      Delete
  8. Elok juga disebarkan maklumat ini supaya yang kawasan yang terlibat dengan fenomena ini prihatin.

    ReplyDelete
  9. Jom ramai2 sertai 'Projek Amal Blogger' dengan moto kami prihatin kami hebah... Pasti menarik jom sertai di sini.

    ReplyDelete
  10. pernah berlaku di perairan Pulau Pangkor beberapa tahun lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fenomena ni memang selalu berlaku kat persisiran pantai, kira fenomena biasa la .. ^__^

      Delete
  11. ooo ye ker,..kalau x da penjelasan tentu macam2 spekulasi dibuat, malah tentu berlaku kekecohan kat sana,..tu sebabnya bertindak atas ilmu bukan khabar angin,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, takut timbul pelbagai spekulasi, sbb tu Jabatan Perikanan Sabah dah maklumakan awal². Kalau tak, tentu orang ramai panik .. ^__^

      Delete
  12. Replies
    1. Kalau tak berhati², memang bahaya, so elakkan dari memakan makanan yg dinyatakan diatas dan aktiviti di kawasan² yang terlibat ..

      Delete
  13. Replies
    1. Jarang-jarang berlaku, sebab tu ramai yg tak tahu pasal fenomena ini ..

      Delete
  14. mengambil masa berapa lama air laut tu nak bertukar ke warna asal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kepada kepekatan algal bloom. Kalau banyak, mungkin sehari dua

      Delete
  15. Pernah keracunan gara-gara air merah ni..nasib baik sempat pegi hptl.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kena, lebih baik rujuk ke hospital terus, sbb boleh membawa maut.

      Delete
  16. benda ni akan berhenti sendiri ke???

    ReplyDelete
  17. jaga diri semua, pandai2 pilih makanan.. Biasalah hujung tahun time hujan2 ni senang alga mau membiak..

    >> pembiakan dinoflagellate dalam laut merah.
    http://www.nurlyla.com/2013/01/fenomena-laut-merah-di-sabah.html

    ReplyDelete
  18. Hi.. baru saya tahu apa itu fenomena laut merah. Teringin tau bila dengar berita ada yg maut bila makan kerang di sabah.

    Kena lebih aware dalam pemilihan makanan. mudahan semua selamat.

    http://supplementsihat.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. ooo baru tau ada fenomena macm ni...

    http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete