Bagi aku pulak, lelaki kacak, bukan sekadar perlu dilihat dari rupa paras. Banyak perkara lain yang perlu dilihat dan diambilkira. Buat apa la kalau sekadar rupa kacak, tapi hati, ya Allah .. mengalahkan iblis. Nanti tak sampai seminggu kahwin, dah bercerai berai sebab tak tahan dengan lelaki kacak tadi.
Jadi untuk mencari lelaki kacak yang sebenar² kacak. Perlu la ada kesemuanya. Kalau tak dapat semua, dapat separuh pun dah kira bagus. Antaranya;
@ Lelaki kacak yang memiliki hati budi yang baik
Lelaki kacak, tak sementinya perlu kacak. Yang penting hati budinya baik, suka menolong, bersedekah, bertolak ansur dan lain² lagi, baru la hidup berumah tangga bahagia. Lagi satu, lelaki kacak tak semestinya perlu kacak pun, kalau sekadar sedap mata memandang pun dah kira orait pe ..
@ Lelaki kacak yang beramal soleh
Lelaki yang sebenar²nya kacak, adalah lelaki yang menjaga amalan solehnya. Bersyukur atas apa yang dikurniakanNya, cukup sembahyang, cukup puasa dan amalan² soleh yang lain. Kalau rupa paras tu kacak, tu dah kira bonus .. contohnya macam .. Asraf Muslim.
@ Lelaki kacak yang mempunyai pendapatan dari sumber yg halal
Aku suka golongkan lelaki yang mempunyai sumber pendapatan halal dalam kategori lelaki kacak. Sebabnya, haaahhhh .. baca bawah ni dulu ..
Riwayat Imam ad-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dari Anas r.a. Menurut Imam as-Suyuti, "Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya."
Lelaki yang menyara ahli keluarga dari sumber halal, sememangnya lelaki kacak .. betul tak ?
@ Lelaki kacak yang sederhana.
Lelaki yang hidup dalam kesederhanaan pun dikira lelaki kacak pe. Tak terikut akan hawa nafsu dan sentiasa menjaga batas² yang telah ditetapkan. Sentiasa sederhana dan tidak bermegah² dengan apa yang dikurniakanNya.
@ Lelaki kacak yang tak sombong
Aku paling meluat sekali dengan lelaki kacak yang perasaan kacak dan sombong. Kalau nak kawan, pandai betul memilih bulu, nak yang kaya, jelita dan cantik je. Tak sedar yang tu bukan dikategorikan sebagai lelaki kacak, tapi lebih dikategorikan sebagai lelaki perasaan. Betul tak ? Hahahaha ..
Rasanya setiap orang ada pandangan masing² mengenai lelaki kacak. Bagi aku cukup sekadar ini dulu kot untuk kategorikan lelaki kacak ni. Nanti kalau aku terfikir lagi, aku update kemudian.. Kat sini aku tekankan, tak guna kalau rupa paras dijadikan ukuran sebagai lelaki kacak. Cukup sekadar keperibadiannya yang aku sebut diatas. Kalau rupa paras tu kacak, tu hanya sebagai bonus yang melengkapkan seseorang dalam pakej lelaki kacak.
Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh Earncent.com dan ditaja oleh SEO Apps, Bluedianthus.com, UmarFaruq.com, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.
- Jarang la sekarang nak jumpa lelaki kacak yang sebenar²nya kacak. Yang banyak jumpa, yang jenis plastik, yang suka menyorok niat jahat disebalik rupa yang kacak ...









peh..sifu join mesti 1st ni.. :)
ReplyDeleteMana ada, tak pernah menang pun SEO Contest. Nie pun nak test balik guna SEO .. hehehe
Deletebetul betul. lelaki kacak yang mampu membimbing wanita ke Jannah Allah :)
ReplyDeletea'ah .. tu baru betul-beul kacak ... ^__^
Deletejangan lah puji sy kat sini..hehehee
ReplyDeletemasuk bakul, angkat sendiri ... hehehe
Deletemakin ramai yang join contest kacak ni...all d best ye!
ReplyDeleteThanks ye, saya hanya sekadar mencuba, tak harap apa2 pun ... ^__^
Deletelelaki kacak... luas pengertiannya
ReplyDeletebetul tu, lain pendapat, lain tafsirannya ..
Deletenak cari lelaki kacak, rasanya ada dalam sponsor tu kot..hehe
ReplyDeleteSponsor tu semestinya dah kacak sbb sponser contest ni. Kalau nak lagi kacak, try sponser blog anastasyea utk setahun .. ^__^
DeleteSudah semakin ramai yang menyertai contest SEO lelaki kacak. Semakin sengit keyword ini sebab ada 3 bulan untuk bersaing SEO. Selamat berjaya. :-)
ReplyDeleteTerima kasih, saya cuba sekadar termampu .. ^__^
Deletesalam..
ReplyDeletesaya setuju sangat pandangan
dari seorang wanita buat panduan
lelaki di luar sana 'apa itu maksud
lelaki kacak'.....
GOOD LUCK Sis !
www.zulkbo.com
Terima kasih en zul .. ^__^
Deletetapi kebanyakkan wanita suka lelaki kacak apa?
ReplyDeletebaru semalam kwn saya yg pmpuan ckp pergh kacaknya lelaki tu kalau jadi bf aku kan syok...haha
Kacak pada paras rupa je tak menjamin kebahagianan .. ^__^
Deleteselamat berjaya...saya pun nak join juga, tapi belum keluar idea nak tulis ni :D
ReplyDeleteSemoga berjaya utk awak jugak .. ^__^
Deletekenapa entry ni dah 3x publish?
ReplyDeleteJos tengok kat mana ? dekat google reader ke ?
Deletekat bloglist.. semalam entah ptg ke sblah pagi entry ni baru publish sbb tengok time pun dah tau baru beberapa minit..lepas tu yang pagi ni keluar lg.. ada msalah ke sis ataupun saje je sbb nak maen seo?.. :0
DeleteMasalah RSS feed tengah bengong .. sekarang tengah cuba solve kan ... ^_^
DeleteWah suka entry nih.. ;)
ReplyDeleteSemoga berjaya kak..
jemput singgah blog nurul yg baru..
http://ciknurulsiezuka.blogspot.com/
Thank Nurul, akak nie bukanya pandai pun, hanya sekadar mencuba ..
Deletegood luck..saya x kacak pun ;-)
ReplyDeletesaya pun tak kacak, comel ada la .. ^__^
DeleteApa-apa je la. janji bahagia. he he
DeleteBahagia dunia akhirat .. ^__^
DeleteBetul kak.lelaki kacak harus kacak bukan setakat luaran sahaja. dalaman pun harus kacak.
ReplyDelete#Biar lah saya kacak di mata bakal isteri saya je nanti..kalau kacak di mata luar,kacau jiwa pulak nanti..
#support akk Anastasyea
Thanks AR .. ^__^
DeletePenafsiran kacak, pada kami lebih pada attitude, iaitu sikap suka memberi maaf, suka berterima kasih, tidak mengomplen, mindset positif, dalam masa yang sama bijak menyesuaikan gaya dengan situasi sekeliling.
ReplyDeletetakut bila jumpa je lelaki yg benar² kacak dr segi rupa paras, tafsiran yg lain tu, terus hilang .. ^__^
DeleteSalam...gud luck ye! tapi tang komen tuan tanah pada satu blog tu..."kacak dalaman lagi best" betul tu...saya suka...hehe. blog ni sangat power seo...
ReplyDeletebiar cantik luar dan dalam..... dan ikhlas dlm hubungan.....
ReplyDeletekalau cantik luar dlm .. lagi best !
Deletelelaki kacak bkn sekadar rupa paras shj tetapi amal ibadatnya juga
ReplyDeleteBonus kalau dapat lelaki kacak yang beriman..sebab susah nak cari kategori ni..
ReplyDeletebetul tu :D
Delete