Gambar aku cilok kat Google ..
Contohnya, keadaan trafik, yang sering menyebabkan masa yang diambil untuk sampai ke office tidak boleh dirancang. Bayangkan ketika memandu ada kereta driving school dihadapan ataupun tractor ataupun jengkaut ataupun lori bermuatan berat yang bergerak sekadar 30km/j. Siapa boleh menjangka kenderaan ini akan berada dihadapan, dalam keadaan kita sedang rushing untuk sampai cepat ke office.
Yang lebih menyedihkan yang membezakan diantara 8.00 dan 8.01 hanyalah 1 saat saja, kerana 1 saat saja punch card jadi merah. Lantas masing² rushing macam nak gila diwaktu pagi dek kerana mengejar punch card, sehingga ada yang sanggup menongkah arus, memotong dan sebagainya, namun wajarkah perlu untuk kita berbuat sedemikian.
Sistem punch card adalah ciptaan manusia dan boleh melalui proses pembaharuan dan pembaikan supaya sesuai dengan keadaan dan masa serta memudahkan (SIMPLICITY). Mustahil tidak boleh diubah. Sistem separa flexible pula, tidak banyak membantu ataupun tidak membantu langsung. Kemungkinan sistem fully flexible dapat sedikit mengatasi masaalah.
Contohnya, kalau datang lewat 10 minit, balik lewat 10 minit, kan fair macam tu.. Boleh datang anytime within 7.30 - 8.30, dan pulang within 4.30-5.30. Janji mencukupi jam bekerja. Lain la, kalau datang lebih 8.30, baru dikira merah dan saya rasa mungkin ramai yg setuju.
Tak pun, boleh juga guna Waktu Kerja Fleksible, dimana para pekerja diberi masa yang fleksibel untukk datang ke pejabat. Yang penting, jumlah jam seminggu seseorang itu bekerja adalah mencukupi seperti yang digunakan dikebanyakkan negara barat.
Kita tak boleh membanding kenapa kita boleh datang awal dan org lain tak boleh, sebenarnya banyak perkara lain lagi yang orang lain boleh buat tapi kita pula tak boleh, sebab semua manusia tidak sama specifikasi walaupun physical hampir serupa.
- Aku tak nak komen banyak sebab idea orang lain, tapi nak mencelah tang keberkatan gaji tu, nak kena jaga jugak. Jangan sekadar nak ganti masa berkerja, tapi dok layan facebook, movie dan yang sewaktu denganya .. ^____^

anum setuju :)
ReplyDeleteSaya pun setuju dengan anum .. :)
Deleteadam setuju sangat2... hari2 kejar punch kad... Bila jalan jem ramai pemandu akan jadi emosi gara-gara lambat ke pejabat.. Bila memandu dengan emosi tak terkawal, faham-faham je laa kemungkinan yang boleh berlaku...
ReplyDeleteAndai kita lewat, pastinya kita akan dengar "Alah, sepatutnya awak kena rancang perjalanan dan masa keluar rumah,. Keluar lewat memang laa jem"... Tapi hakikatnya kita hanya merancang...Tapi tuhan yang menentukan.. Kemalangan dan sebagainya bukan termasuk dalam perancangan kita...
rumah dekat pun kalau jalan jem, sampai lambat jugak. :)
Deletesokong 99.9%.tambah2 yg tggl kt bandar besar ni..
ReplyDeletekat bandar memang sibuk, tambah² waktu puncak .. jem memanjang, sbb tu kadang² lambat masuk office .. :)
Deleteitulah kebaikannya kalau IT block..
ReplyDeletebab punch card ni memang isu sensitif. :)
memang sensitif, lewat banyak kali kena tindakan tatatertib, lps tu tak boleh naik pangkat, naik gaji dan lain-lain lagi .. :(
Deleteala kak..kan boleh mintak tandatangan bos..hehe..tp last2 kena hentam jgk dgn bos..:-)
ReplyDeleteminta tandatangan tu memang boleh, tapi nanti, tahan je la telinga tu ..
Delete