Dalam majlis itu, Irma Hasmie menerima sebentuk cincin berlian sebagai tanda pertunangan yang disarungkan oleh Datin Azizah Osman, ibu kepada Reza. Selain itu, Irma turut menerima tujuh dulang hantaran daripada pihak lelaki berupa buah²an, manisan kurma, kek, sejadah, persalinan dan set mandian.
Pihak perempuan pula turut berbalas hantaran sebanyak sembilan dulang seperti persalinan, set mandian, manisan, kek, sejadah, buku² keagamaan, pencukur dan sireh junjung. Majlis pernikahan Irma dijangka bakal berlangsung pada 1 Julai 2012. Majlis pertunangan itu turut dihadiri oleh keluarga kedua² belah pihak dan juga rakan² artis seperti Wardina dan Anne Ngasri.
Jom tengok gambar Majlis Pertunangan Irma Hasmie yang lain .. ^__^
- Jutaan tahniah kepada Irma Hasmie dan pasangannya, Reza Syah Azmeer Datuk Mohd Redzuan, yang telah selamat bertunang hari ini .. ^__^
Sumber – murai.com.my dan beautifulnara.com






