"JAKARTA: Gaji beribu-ribu penjawat awam lelaki dimasukkan ke akaun isteri mereka minggu ini, sebagai langkah kerajaan tempatan untuk menghentikan mereka daripada menjalin hubungan dengan perempuan lain.
Pejabat Pentadbir Gorontalo di utara Sulawesi mengeluarkan saranan itu awal tahun ini kepada 3,200 penjawat awam lelaki dan berkata ia akan dapat membantu mengawal wang yang biasanya dibelanjakan untuk wanita simpanan.
Jurucakap kerajaan, Rifly Katili berkata, “Lelaki biasanya tidak dapat mengawal perbuatan mereka sekiranya mempunyai banyak wang dalam poket.”
“Saya yakin, ia dapat mengurangkan hubungan dengan perempuan lain yang menjatuhkan institusi keluarga.”
Katanya, kira-kira 90 peratus penjawat awam mengambil bahagian dalam inisiatif itu.
“Inisiatif sebegini akan memberi kuasa kepada golongan isteri pekerja untuk belajar mengenai pengurusan bajet rumah tangga,” katanya.
Katanya, ramai isteri mengadu kepada gabenor yang suami mereka menyimpan wang antara sejuta hingga empat juta rupiah (RM330-RM1,320) sebulan.
- Tiap² bulan semak penyata gaji suami .. :)

x leh rasanya
ReplyDeletenanti boros plak
Kalau berjimat cermat, insya Allah, boleh .. :)
Deletesalam..
ReplyDeleteha ha..nasib la ko Indon.......
jadi Queen Control la lepas nih :)
www.zulkbo.com
Yang x bersalah pun kena jugak .. :)
Deletewah bestnya la kalau berlaku kat sini. Kaya la isteri pegang duit suami. hahaha :)
ReplyDeleteKalau isteri pandai berjimat cermat .. :)
DeleteOhoi Makcik kayolah hihihi
ReplyDeleteMemang kayo pun .. tiap-tiap bulan masuk gaji ..
Deletehmmm...okay jugak tu...boleh kawal perbelanjaan..suami dia tak reti berbelanja..selalunya boros sikit..
ReplyDeleteBetul tu, saya sokong 100 peratus .. :)
DeleteKalu dpt isteri yg jenis pandai mengurus takpe, kalau sebaliknya,... naye dibuatnya :)
ReplyDeleteSebab tu sebelum cari isteri, cari yang betul-betul .. :)
DeleteBest nya jika begitu kan. Tapi kasihan kat suami kerja penat-penat tapi habis wang dibelanja oleh sang isteri. hihii
ReplyDeleteKena bagi jugak kat suami, nanti masam muka .. :)
DeleteErmmm Hehehehe, Suami majuk,susah mau dipujuk heheheh.
ReplyDelete