Remove Widget Blog Post on Page Elements

Lama dah aku pendam nak buang salah satu widget Blog Post ni. Hari nie baru dapat. Hari tu, gatal sangat nak test tutorial gunakan auto keyword yang aku jumpa. Tengok macam best je dan terus apply. Tup² .. dah ada dua widget Blog Post. Dah jadi satu hal macam nak buang yang satu lagi tu pulak. Hehehe ..

Widget Blog Post on Page Elements

Dari penerangan blogger Zulkbo dalam entry terdahulu. Beliau pun pernah kena macam ni dulu. Last sekali terus tukar template. Aku nie pulak, jenis malas nak tukar template.

Sayang ketat² dengan template yang dah ada ni. Lagi pun dah banyak SEO yang dah aku implement kat sini. Sebab tu sayang nak buang. Yang pernah aku buat .. just reset Template to classic, tapi widget Blog Post yang satu lagi, tetap jugak wujud.

Jadi hari ni, sambil² aku semak pasal Entry Lambat DiIndeks, tergerak hati nak search pasal kes dua widget Blog Post ni, dan jumpa, tapi penerangan kat situ tu tak lengkap. Lepas tu aku adjust sendiri ikut kefahaman aku. Last sekali, alhamdulillah .. menjadi.. hehehe .. suka² ..

Nak remove salah satu widget Blog Post ni, cara²;

1. Log in Blogger.com. Klik pada Design dan seterusnya, Page Elements.
2. Klik pada bahagian Edit HTML dan seterusnya klik pada Expand Widget Templates.
3. Sebelum tu, backup dulu Template korang dengan klik pada Download Full Template dan save. Nanti kalau tutorial nie tak menjadi, atau tersalah delete. Boleh restore balik file tersebut.
4. Kemudiannya, cara code dibawah ni,

<b:widget id="Blog2" locked="true" title="Blog Posts" type="Blog">

dan seterusnya penutupnya,

</b:widget>

5. Delete kedua² code tersebut dan kemudian klik preview. Kalau tak ada sebarang error. Klik Save. Itu je ..

- Satu pengajaran buat aku supaya tak terus main apply je semua tutorial yang ada .. nanti diri sendiri yang susah .. hehehe

8 comments :

  1. nasib ok balik...makalau kakD pakai senyap sepi ja lah...bab2 nak edit HTML memang tak qeti...

    ReplyDelete
  2. patutlah macam clear je masuk sini
    suka2 :)

    ReplyDelete
  3. Yang pasal entri tak index tu macam mana ek? Tak jumpa lagi jalan penyelesaian tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi, sekarang team Google tengah siasat. =(

      Delete
  4. template ni memang dah lawa :)

    ReplyDelete
  5. Kalau kena pada akak memang haru...dah lah tak berapa pandai..

    ReplyDelete
  6. salam..
    hari tu saya ada buat juga macam tutorial
    di atas..tak menjadi juga..last kena tukar
    template jalan terbaik..clear semua..he he

    ReplyDelete
  7. Owh .. pakai Blogspot senang nak drag and drop page element :) jimatkan masa.

    ReplyDelete