Petua Elak Bubuk Memasuki Tempat Simpanan Beras

As salam, tadi tercari² petua nak halau bubuk beras @ kutu beras kat Internet. Geram, bila tengok beras yang baru dibeli semalam dah dimasuki bubuk. Yang pelik tu, walaupun masih dalam karung plastik (tak buka lagi). Bubuk tetap dapat masuk juga. Tajam betulkan gigi bubuk beras ni sampaikan plastik pun boleh ditembusinya. Dulu pun pernah kena sekali. Tapi tak sangka jadi lagi sekali.

Petua Elak Bubuk Memasuki Tempat Simpanan Beras

Tadi masa search petua nak elak bubuk dari memasuki tempat simpanan beras. Memang jumpa banyak petua² yang dikongsi, tetapi kebanyakkannya lebih kurang sama je. Kebanyakannya minta gunakan beberapa tangkai cili kering dan diletakkan di dalam tong beras.

Yang nie, memang aku pernah try dulu. Memang berkesan jugak la, tapi tak lama sebab lepas tu, bubuk menyerang balik. Jadi ni la sebabnya aku nak cari petua yang lain. Hehehe ..

Selain tu, ada juga yang petua² yang belum pernah aku guna. Tapi secara logiknya memang nampak macam best je. Antaranya suruh letakkan serai, daun limau nipis/purut, bawang putih tanpa dikupas kulitnya, daun nangka ataupun daun belimbing yang di bersihkan dan dikeringkan ke dalam tempat simpanan beras.

Anastasyea : Nanti nak cuba la petua² ni. Nak try dulu guna daun limau nipis, tentu beras pun berbau wangi nanti.

12 comments :

  1. salam..
    setakat ni kekal dengan
    letak cili kering je..yang
    lain tak pernah cuba..nak
    try juga lah :)

    ReplyDelete
  2. baca n3 di sini...

    nice petua!

    http://akutetapaku85.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. sy pon geram bila bubuk nih ada....sy letak beras dlm peti ais..dh hbs citer..hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam peti ais conform tak boleh masuk. Sejuk pulak tu. =)

      Delete
  4. baru tau nama dia bubuk. Sya panggil dia kutu je. Kerja dia memang merosakkan beras. Baru tau pasal petua ni. Agaknya dari mana bubuk ni datang ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubuk tu nama kampung. Kalau bandar, memang dipanggil kutu beras atau kumbang beras (bahasa Inggeris: rice weevil), nama saintifiknya Sitophilus oryzae =)

      Delete
  5. Time kasih bkongsi petua ye, mmg geram ngan si bubuk ni

    ReplyDelete
  6. saya baru je beli beras.....masa beli tengok x de bubuk tapi.......sampai je rumah baru le nampak........geram betul.........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubuk nie memang pantang bau beras. Kejap je dah ada. =(

      Delete
  7. kalo beli beras timbang sure akan terjadi kes mcm ni..

    tp beras yg dlm kampit 10kg tu jrg pulak terjadi..

    ReplyDelete
  8. bubuk datang dari beras tu sendiri.. huhuhu,
    boleh baca kat sini

    http://aouism.wordpress.com/2009/12/17/begitu-rupanya-baru-aku-faham-kenapa-bubuk-tak-pernah-pupus-dalam-bekas-berasku/

    ReplyDelete