Latif Ibrahim Meninggal Dunia Akibat Sakit Jantung - Al-Fatihah !

As Salam, takziah diucapkan buat ahli keluarga, penyanyi Abdul Latif Ibrahim, 62 atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) petang tadi, akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Latif Ibrahim meninggal dunia

Allahyarham yang dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak, dan akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat untuk dikebumikan pada malam malam ini juga (malam isnin).

Selain menyanyi, Allahyarham turut pernah berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuk Sumber Ilhamku, Pulau Asmara, Konstabel Mamat, Dendang Perantau, Hapuslah Air Matamu, dan Ragam Pemandu. Filem terakhir yang dibintangi oleh Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

- Al-Fatihah, semoga roh Allahyarham ditempatkan dikalangan orang² yang beriman .. Amin !

5 dah komen. Anda bila lagi ?:

  1. salam..
    yang hidup pasti akan mati..
    masanya dah tiba..kita menyusul..
    Al-Fatihah..takziah dari saya
    buat ahli keluarga beliau

    ReplyDelete
  2. takziah buat ahli keluarga beliau.

    ReplyDelete
  3. ada dengar berita tentang allahyarham..al fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat

    ReplyDelete

Buat masa nie, sebarang komen yang mempunyai URL akan diremove melainkan dalam bentuk text sahaja.