e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC

e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC | As salam, seperti yang semua dah tahu. Sekarang kakitangan awam kerajaan tidak lagi menerima Slip Gaji ataupun Penyata Gaji macam dulu, iaitu sebelum Oktober 2010, selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Jadi sekarang, kalau nak semak gaji kakitangan awam atau dapatkan penyata gaji ataupun laporan pendapatan tahunan, kakitangan awam kena dapatkan secara online menerusi laman web ANM yang disertakan dibawah ini.


e penyata gaji kakitangan awam
Portal rasmi Jabatan Akauntan Negara


Tapi sebelum itu, bagi kakitangan awam yang pertama kali ingin menggunakan Sistem Semak Slip Gaji Online ini. Anda disarankan supaya mendaftar dulu menerusi website ANM. Untuk mendaftar, kakitangan awam perlu terlebih dahulu mendapatkan No Gaji dari bahagian kewangan agensi ataupun kementerian masing². Selain itu, bagi kakitangan awam yang berkerja sebelum 2010, anda juga boleh mendapatkan no penyata gaji pada slip gaji sebelum ini. (Slip gaji kakitangan awam sebelum 2011)


e penyata gaji kakitangan awam
Nie la rupa slip gaji lama ..




Cara untuk mendaftar slip gaji online ini, pengguna dikehendaki melayari laman web rasmi ANM di http://www.anm.gov.my. Seterusnya klik pada e-Penyata Gaji dan Laporan. Anda juga boleh gunakan link yang diberikan di atas untuk terus akses ke website tersebut ;


e penyata gaji kakitangan awam


Seterusnya, klik pada "Pertama Kali Mendaftar" dan penuhkan ruangan kosong dengan butiran² yang diperlukan. Bila dah kesemuanya dah lengkap, Klik OK untuk pengesahan. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem e-Penyata Gaji untuk mendapatkan penyata gaji anm bulanan dan pendapatan tahunan secara online.


e penyata gaji kakitangan awam


Untuk makluman, penyata gaji online boleh diperolehi menerusi website ANM ini sehari sebelum pembayaran gaji bagi dibuat pada setiap bulan. Untuk keterangan lanjut mengenai sistem ini, sila muat turun Surat Perkeliling Bil 3/2010.


- Hari nie gaji dah keluar, tentu ramai kakitangan awam yang nak semak slip gaji, nak tengok mana tau kot² ada kenaikan gaji baru dalam penyata gaji .. hehehe ..

12 dah komen. Anda bila lagi ?:

  1. sekarang dah maju ek
    nak je print

    ReplyDelete
  2. kami punya slip biasa je. tak boleh online macam ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ePenyata ini boleh digunakan oleh penjawat awam kerajaan persekutuan, tidak termasuk anggota tentera dan anggota polis.

      Delete
  4. ala kak..kan ada kredit tu..di last artikel tu.. :) semua yg sy kopy semua ada kredit woo..huhu.. pape pun tanks. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak marah la .. cuba beri nasihat supaya jadi blogger yang lebih bijak dan berhemah .. :)

      Delete
  5. Replies
    1. Bagus la, nanti boleh la semak penyata gaji selalu :D

      Delete
  6. penjawat awam seperti kami yang berkerja dengan badan berkanun seperti UiTM, macam mana pula? boleh guna tak aplikasi tu... hmmm.. baik saya cuba dulu...

    info baik... tahniah!

    #########

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/entry-ringkas-tegur.html

    Founder of Gerila Penulisan Kreatif datang singgah MENEGUR kamu... sudi-sudilah ke tempat kita ya... berbesarlah hati kita dengan kunjungan orang di sana... komen la di ruangan komen yang ada tu... tinggal la jejak di chat box kat bawah tu... kalau sudi...

    p/s: Klik la pada button 'like' pada Fan Page Blog TheTimelines... Agar saya lebih mempunyai kekuatan, dari sokongan-sokongan orang-orang macam kamu..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Sila download dulu Surat Perkeliling Bil 3/2010 untuk keterangan lanjut

      Delete

Buat masa nie, sebarang komen yang mempunyai URL akan diremove melainkan dalam bentuk text sahaja.