e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC

e-Penyata Gaji | Semak Slip Gaji Online | Sistem e-Laporan Penyata Pendapatan Tahunan / EC | As salam, seperti yang semua dah tahu. Sekarang kakitangan awam kerajaan tidak lagi menerima Slip Gaji ataupun Penyata Gaji macam dulu, iaitu sebelum Oktober 2010, selaras dengan peningkatan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan. Jadi sekarang, kalau nak semak gaji kakitangan awam atau dapatkan penyata gaji ataupun laporan pendapatan tahunan, kakitangan awam kena dapatkan secara online menerusi laman web ANM yang disertakan dibawah ini.


Semak Slip Gaji Online
Portal rasmi Jabatan Akauntan Negara


Tapi sebelum itu, bagi kakitangan awam yang pertama kali ingin menggunakan Sistem Semak Slip Gaji Online ini. Anda disarankan supaya mendaftar dulu menerusi website ANM.


Untuk mendaftarnya, kakitangan awam perlu terlebih dahulu mendapatkan No Gaji dari bahagian kewangan agensi ataupun kementerian masing². Selain itu, bagi kakitangan awam yang berkerja sebelum 2010, anda boleh mendapatkan nombor penyata gaji pada slip gaji sebelum ini. (Slip gaji kakitangan awam sebelum 2011)



Semak Slip Gaji Online
Macam nie la rupa slip gaji lama .. klasik bukan ! .. ^__^





Cara untuk mendaftar slip gaji online ini, pengguna dikehendaki melayari laman web rasmi ANM di http://www.anm.gov.my. Seterusnya klik pada e-Penyata Gaji dan Laporan. Anda juga boleh gunakan link yang diberikan di atas untuk terus akses terus ke website tersebut.


Semak Slip Gaji Online


Seterusnya, klik pada "Pertama Kali Mendaftar" dan penuhkan ruangan kosong dengan butiran² yang diperlukan. Bila dah kesemuanya dah lengkap, Klik OK untuk pengesahan. Setelah berjaya, anda bolehlah mengakses sistem e-Penyata Gaji untuk mendapatkan penyata gaji anm bulanan dan pendapatan tahunan secara online.


Semak Slip Gaji Online


Untuk makluman, penyata gaji online boleh diperolehi menerusi website ANM ini sehari sebelum pembayaran gaji bagi dibuat pada setiap bulan. Untuk keterangan lanjut mengenai sistem ini, sila muat turun Surat Perkeliling Bil 3/2010.



Update:
Mulai 20 April 2012, kesemua Kakitangan Awam Malaysia, boleh menyemak Penyata Gaji SSM Baru dengan menggunakan e-penyata Gaji secara online.


- Hari nie gaji dah keluar, tentu ramai kakitangan awam yang nak semak slip gaji, nak tengok mana tau kot² ada kenaikan gaji baru dalam penyata gaji .. hehehe ..

28 comments :

  1. sekarang dah maju ek
    nak je print

    ReplyDelete
  2. kami punya slip biasa je. tak boleh online macam ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. ePenyata ini boleh digunakan oleh penjawat awam kerajaan persekutuan, tidak termasuk anggota tentera dan anggota polis.

      Delete
    2. Huuuu... lau semakn tntera x blh
      .. da x yg lain..???

      Delete
  4. ala kak..kan ada kredit tu..di last artikel tu.. :) semua yg sy kopy semua ada kredit woo..huhu.. pape pun tanks. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak tak marah la .. cuba beri nasihat supaya jadi blogger yang lebih bijak dan berhemah .. :)

      Delete
  5. Replies
    1. Bagus la, nanti boleh la semak penyata gaji selalu :D

      Delete
  6. penjawat awam seperti kami yang berkerja dengan badan berkanun seperti UiTM, macam mana pula? boleh guna tak aplikasi tu... hmmm.. baik saya cuba dulu...

    info baik... tahniah!

    #########

    http://thetimelines2u.blogspot.com/2012/03/entry-ringkas-tegur.html

    Founder of Gerila Penulisan Kreatif datang singgah MENEGUR kamu... sudi-sudilah ke tempat kita ya... berbesarlah hati kita dengan kunjungan orang di sana... komen la di ruangan komen yang ada tu... tinggal la jejak di chat box kat bawah tu... kalau sudi...

    p/s: Klik la pada button 'like' pada Fan Page Blog TheTimelines... Agar saya lebih mempunyai kekuatan, dari sokongan-sokongan orang-orang macam kamu..

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Sila download dulu Surat Perkeliling Bil 3/2010 untuk keterangan lanjut

      Delete
  8. Hohoho!!!!Den kayoooo!!!! * Lawak jap * :)

    ReplyDelete
  9. Selalunya slip akan kluar dulu sebelum gaji. So boleh tahu bpe gaji masuk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slip gaji biasanya keluar 2 hari awal hari berkerja.

      Delete
  10. No gaji bg sesape yg baru kerja 4 bulan xde payslip lagi dr pihak kerajaan camne e?? ..
    Mana nak dapatkn no gaji utk daftar kali pertama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh rujuk dengan bahagian kewangan tempat Sufian berkerja. Mungkin mereka tahu. :)

      Delete
  11. Untuk gaji tahunan 2012 untuk kaki tangan awam, bagaimana nak dapat dari internet?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klik pada link egaji diatas, kemudian log in dan pilih penyata tahunan yg anda inginkan, dan download penyata tahunan tersebut

      Delete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. Tentera nape xleh?....tentera bukan kakitangan awam juga ke?....sape yg bayar gaji tentera?....kerajaan Malaysia ke?....atau US ke?...atau negara lain?...lau camtu baik ditukar jer ATM jadi ATS ke atau ATA jer...kami yg tentera ni..dlm dilema sebab jika yg bertugas dlm negara ok la bleh peksa dan dpt penyata gaji...tapi bagi kami yg bertugas di luar negara ni mcmner?....org2 yg kerja kat JANM ni xpikir ke?...jadi siapa kami (tentera) sebenarnya?....lau undang2 leh lak tentera ni di klasifikasi sebagai awam....bila bab2 mcmni kami diasingkan pula...
    ni yg xpuas hati ni...saya betul2 kecewa,ingatlah dunia semakin maju..permikiran kita juga semakin berubah jgn sampai satu masa nanti dunia akn digemparkan dengan berita tentera rampas kuasa atau memberontak kat Malaysia ni...jangan ambil ringan atau pandang sebelah mata...masa depan tiada siapa yg boleh duga...so bagi pihak2 yg berkenaan tu berfikir lah dulu sebelum wat apa2 keputusan atau pembaharuan...agar semua pihak dapat merasai kemudahan yg ada....fikir2 dan renung2kanlah bersama....

    ReplyDelete
  14. terima kasih! mudah jer sekarang kan...

    #Jemput singgah blog saya
    http://vitaminformeandyou.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. E Penyata Gaji adalah satu cara yang digunakan oleh Jabatan Akauntan Negara untuk memberikan kemudahan kepada Kakitangan Awam Kerajaan untuk menyemak penyata (slip) gaji mereka secara online.
    http://epanyata.blogspot.com/

    ReplyDelete
  16. E Penyata Gaji adalah satu cara yang digunakan oleh Jabatan Akauntan Negara untuk memberikan kemudahan kepada Kakitangan Awam Kerajaan untuk menyemak penyata (slip) gaji mereka secara online.
    http://epanyata.blogspot.com/

    ReplyDelete