Cara Mudah Dapatkan Pembantu Rumah Indonesia

As Salam, sekarang sudah ada cara mudah untuk mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah Indonesia. Apa yang perlu anda lakukan. Cuma perlu mendail talian bebas tol yang tertera di bawah, dan seterusnya mendaftar dengan perkhidmatan Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), yang mana akan mula dilaksanakan serentak di seluruh negara mulai 28 Februari 2012.


Selepas menghubungi talian bebas tol, 1-800-222-000, mereka yang memohon, akan menerima SMS, meminta untuk mengisi butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan email, bertujuan untuk dikongsikan dikalangan rakan agensi yang membekalkan perkhidmatan pembantu rumah.

Butiran SMS ini juga, akan turut digunakan untuk menyediakan mereka dengan nama pengguna dan kata laluan, yang membolehkan mereka mengakses masuk ke dalam akaun email khas yang disediakan oleh setiap majikan, yang berdaftar dengan sistem itu.

Di sini, pemohon akan dimaklumkan dengan maklumat² lanjut seperti kos pendaftaran untuk mendapatkan pembantu rumah, dan terma dan syarat² yang perlu diikuti sebelum memperolehi pembantu rumah, bertujuan untuk mengatasi masalah seperti penderaan pembantu rumah dan kelewatan pembayaran gaji.

Papa turut menganggarkan, kira² 35,000 keluarga memerlukan khidmat pembantu rumah pada masa ini. Oleh itu, bagi sesiapa yang ingin mendapatkan perkhidmatan pembantu rumah, boleh la mendaftar dengan agensi ataupun menghubungi Jabatan Buruh untuk penjelasan lanjut.

- Senang la nak mohon pembantu rumah lepas ni.

5 dah komen. Anda bila lagi ?:

  1. mmg sangat senang dah sekarang, tak yah nak pakai egen bagai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, dulu kalau pakai egen, mcm² nak kena bayar. skrg, kalau direct, mungkin murah la sikit. :D

      Delete
  2. memang tak terfikir lagi nak pakai pembantu rumah, mampu pun tak, rumah pun tak de..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti dah ada rumah, anak banyak, boleh la fikir² nak pakai pembantu rumah .. :D

      Delete
  3. mungkin diperlukan lps ni sbb anak dah nak masuk 3 ni.

    ReplyDelete

Buat masa nie, sebarang komen yang mempunyai URL akan diremove melainkan dalam bentuk text sahaja.