Ambil Sijil Diploma Kat Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak Kuala Lumpur

As salam, hari nie pergi ambil sijil diploma adik dekat Jalan Semarak Kuala Lumpur. Ingatkan pejabat tu betul dalam kawasan Universiti Teknologi Malaysia International Campus Jalan Semarak. Rupa²nya tak. Terpaksa la keluar semula dan belok kiri tak jauh dari itu. Dah sampai tu, tengok .. kawasan tu tengah contraction. Pintu masuk utama pulak ditutup. Jadi kalau nak masuk dalam pejabat, kena lalu lorong kecik yang dibuat khas. Tu pun muat² untuk oang berjalan kaki.

UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur

Gambar ni masa kat dalam pejabat. Nampak banner kempen senyum UTM. Comel ! Tu yang terus snap. Senyum tu kan sedekah ! Dapat pahala .. Hehehe.

UTM Jalan Semarak Kuala Lumpur

Urusan nak ambil sijil Diploma Executive Diploma in Mechanical & Manufacturing Technology (EDMMT) hari nie tak kesampaian sebab pegawai tu cakap, ada beberapa perkara yang belum dijelaskan dengan kolej, tempat adik belajar. Jadi yang dia boleh berikan cuma salinan sijil dan result peperiksaan sahaja. Nanti dah setel, baru boleh ambil.

Anastasyea : Nampak gayanya kena datang lagi la nanti.

7 dah komen. Anda bila lagi ?:

  1. salam..
    ada seorang kawan kerja
    pegawai tadbir kat opis
    tu..ermm..kena komplen nih
    he he..

    ReplyDelete
  2. huhu kak itu tempat sy belajar skrg

    ReplyDelete
  3. la mcm tu pulak.. depa tak sediakan checklist ker sebelum kita kutip sijil tu dgn jayanya..
    leceh kan kalo kena berulang byk kali..

    ReplyDelete
  4. Pusat pentadbiran baru tu~~~eh, tapi adik bukan wat partime kan?

    ReplyDelete
  5. Salam kak ana..ni yazid la..
    awat mai kt UTM xhabaq kt yazid.leh blanja minum dlu..hehe..next time dtg calling la k..

    ReplyDelete

Buat masa nie, sebarang komen yang mempunyai URL akan diremove melainkan dalam bentuk text sahaja.