Sinopsis Drama Vanilla Coklat Slot Lestary TV3

Bagi penonton² yang setia mengikuti Slot Lestary TV3 pada setiap malam Selasa. Mungkin anda dah tahu, semalam adalah episod terakhir Drama Cinta Elisa. Selepas ini, Drama Vanilla Coklat pula akan mengambil tempat dan akan ditayangkan bermula pada 20hb Disember 2011.

Sinopsis Vanilla Coklat Lestary Tv3

Drama Vanilla Coklat yang dibintangi oleh pelakon² hebat seperti Izara Aishah, Aiman Mentor, dan Iqram Dinzly sememangnya drama yang aku agak memang best. Semalam dari promo yang aku tengok kat TV. Drama ni merupakan drama yang berunsur komedi romantik. Bayangkan rupa Vanilla dan Coklat. Tentu jauh bezakan ! Namun, sekiranya vanilla dan coklat bersatu. Pehhh .. sedap tak terkata ! hehehhe ..

Ok la. Aku pun tak nak cakap banyak. Korang layan dulu sinopsis drama vanilla coklat ini. Nanti kalau ada video promo. Aku akan kemaskini lagi. Ok .. layannnn ..

Sinopsis Drama Vanilla Coklat Slot Lestary TV3

Drama Vanila Coklat mengisahkan tentang kisah pelajar lelaki dan perempuan yang saling membenci antara satu sama lain. Namun atas permintaan keluarga, mereka dipaksa berkahwin tanpa rela. Akan tetapi sebelum perkahwinan berlangsung, mereka telah menetapkan satu perjanjian selepas enam bulan berkahwin, mereka akan bercerai dan mengikut haluan masing².

Selepas itu, apakah yang akan berlaku ? Adakah mereka akan jatuh cinta ataupun terus membenci diantara satu sama lain dan seterusnya memutuskan untuk bercerai ? Jadi sekiranya anda ingin menetahui kebenarannya. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama ini yang akan dipaparkan bermula pada setiap hari selasa pukul 9 malam bermula 20 December ini.

Anastasyea : Vanilla coklat .. macam pernah dengar je .. dimana ye ?

12 dah komen. Anda bila lagi ?:

  1. http://wanwidget.com
    drama melayu dah ada peningkatan, good

    ReplyDelete
  2. comey je actress ni..nama dier izara ke?

    ReplyDelete
  3. mcm best jer drama ni.harus tunggu depan TV nih. hehe.thanks 4 sharing. :)

    ReplyDelete
  4. gaya cam best...tp adakah cite ni akan menghasilkan cite yg sgt sinonim ngan cite2 melayu yg lain??

    kita tggu je la mggu depan tayangannya.. :)

    ReplyDelete
  5. Macam versi I'm not single... ehehe

    ReplyDelete
  6. mcm best jer citer tu.hehe..^_^..
    nk tngok laa..

    ReplyDelete
  7. dah tengok semalam n mmg best walaupun dah tahu jalan cerita klise je.hahahaha

    ReplyDelete
  8. Salam semua, thankz for support drama melayu.. Memang drama melayu mesti endingnya klise tapi isi perutnya berbeza kan.. Kalau nak tau di tengah2 episod semua watak dalam citer ni akan bertukar sebaliknya.. Lebih serabut.. Rumusan nya, kelakar siut tapi cute.. Jangan mis.. rugi tau.. Anyway TQ

    Sutradara,
    Emi Suffian.

    ReplyDelete
  9. Salam semua, thankz for support drama melayu.. Memang drama melayu mesti endingnya klise tapi isi perutnya berbeza kan.. Kalau nak tau di tengah2 episod semua watak dalam citer ni akan bertukar sebaliknya.. Lebih serabut.. Rumusan nya, kelakar siut tapi cute.. Jangan mis.. rugi tau.. Anyway TQ

    Sutradara,
    Emi Suffian.

    ReplyDelete
  10. tertengok citer ni semalam. ada babak yg memburukkan masscomm. sedih dengan kejadian ni. x sangka anda tiada rasa sensitif. sy x marah cumanya cuba anda letakkan diri anda di tempat pelajar2 masscomm, apa anda akan rasa jika maruah kos anda di buruk-burukkan sedangkan pada hakikatnya x semua sebegitu. maaf sbb luahkan benda ni. assalamualaikum. :)

    ReplyDelete
  11. ala budak masscomm tacing pulak,..dia mention macam tu sebab gaduh-gaduh je pon dlm scene tu. kan zara tu amek kos lawyer.. mybe saya xdpt nak rasa kot sebab saya amek kos laen.okk

    ReplyDelete

Buat masa nie, sebarang komen yang mempunyai URL akan diremove melainkan dalam bentuk text sahaja.